Drama Duda Terlajak Laris Penganti Tundukkan Playboy Itu Akasia TV3

8:37 PM


Assalamualaikum & hello there,

Drama Tundukkan Playboy Itu bakal tamat minggu ini & bakal digantikan dengan drama adaptasi novel, Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya. Menampilkan muka pelakon baru iaitu Idris Khan sebagai hero berganding dengan Zara Zyra pasti satu cabaran besar untuk mengekalkan rating penonton slot Akasia bermula 11 April 2016 ini jam 7.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
WATAK PELAKON
Idris Khan sebagai Zafran Aldrin  (Zack )
Zara Zya sebagai Pehah / Inas
Bella Nazari sebagai Idayu
Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah
Anis Al-Idrus sebagai Zainura 
Kuza Muzaini sebagai Zah 

SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS 
Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?



BBL ~ macam menarik je
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici