Artis Noraniza Idris Kini Duta Produk Mewangi

5:26 AM

Assalamualaikum & hello there,

Nama selebriti Noraniza Idris kini disebut-sebut sejak menjadi juri professional genre Irama Malaysia program 3 Juara. Tidak terhenti setakat itu, Noraniza Idris sudah menjadi duta produk Mewangi. Wah dalam diam-diam disunting oleh syarikat penjagaan kecantikan.


Baru-baru ini BBL berpeluang hadir ke majlis pelancaran produk Mewangi serta memperkenalkan pengasas & duta di Hilton Kuala Lumpur. 

Produk Mewangi Istimewa Buat Wanita

Tampil dengan hastag Mewangi Seluruh Dunia, produk Mewangi 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat & suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan yang diformulasi dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan & herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat. 


Seiring dengan moto produk Mewangi "Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan", NIZAYU Prima Marketing bermatlamat untuk mengeluarkan & memasarkan produk kecantikan yang berkualiti tinggi, di samping komited membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat.

Tidak lengkap suasana tanpa menampilan oleh pengasas Mewangi iaitu Puan Ayu Azmera yang turut memberi kata aluan perangsang kepada kami bloggers termasuk stokis outlet dari seluruh Malaysia. Manis je senyuman tuan empunya badan.


Majlis petang itu di sempurnakan oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj. Maka secara officialnya Noraniza Idris menjadi duta rasmi mempromosikan produk Mewangi. Pemilihan Noraniza Idris sangat tepat kerana beliau gemar mengamalkan penjagaan kesihatan secara traditional. Dengar cerita Noraniza Idris menjadi pengguna setia Mewangi sejak produk Mewangi mula berada dalam di pasaran. 


Empat produk MEWANGI yang dirumus khas untuk masyarakat Asia

1. MEWANGI CHEWING GUM SOAP ( RM49sm & RM59ss )
- Pencuci muka berasaskan madu & kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung & menyejukkan radang kulit.


2. MEWANGI PEELING SCRUB ( RM49sm & RM59ss )
- Skrub/lulur garam bukit untuk kegunaan muka dan badan, membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilang kehitaman di celahan badan, ketiak & kelengkang.


3. MEWANGI CREAM ( RM49sm & RM59ss )
- Krim untuk kegunaan muka dan badan yang menggabungkan 7 pati bunga & serbuk mutiara, serta mempunyai SPF60 untuk menyekatkan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri menaikkan aura & seri wajah.


4. MEWANGI PENAIK SERI 7 BUNGA ( RM69sm & RM75ss )
- Krim keguaan muka diestrak & diformulasi daripada lilin lebah dengan  7 pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil. 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit anda berseri-seri & lebih cerah merah jambu, seterusnya terselah keserian wajah.


Selain tu, pengasasnya juga bersedia untuk melancarkan tiga lagi produk pada masa terdekat ini iaitu

1. Gincu Bibir MEWANGI dengan 4 pilihan wangi 
- Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang & Natural Gloss

2. Bedak Alas MEWANGI 
- Ting Ting Foundation

3. Minyak Wangi MEWANGI
- 7 kelopak Mawar #wangikanlahhatimu "Wangian Penenag Hati & Jiwa"

Pengalaman Guna Sabun MEWANGI

Malam lepas event tu BBL cuba sendiri guna trail set Mewangi. Dari kotak dah bau chewing gum sampai terasa macam nak kunyah je. Eh jangan makan tau sebab tuk pencuci muka bukan makan. Bukan hanya khas kepada kaum hawa, orang lelaki pun boleh cuba produk ini sebagai pelengkap wajah sama ada jerawat, kulit berminyak atau jeragat. Belum cuba belum tahu kan.


*Size cukup comel senang untuk travel pack


*Sabun ni berbuih jugak cuma snap gambar buih terus hilang..haha


*Tada dah siap cuci muka dengan Mewangi, terbau gula-gula getah kat muka.

Jika anda peminat setia Noraniza Idris, elok sangat mencuba set trail Mewangi ini. Sangat lembut pada kulit muka selain boleh membantu mencerahkan muka yang kusam. BBL sendiri pun agak mudah terdedah pada cahaya matahari. Cuba & alami perubahan selepas 7 hari memakai Mewangi ini.

Cara nak dapatkan produk Mewangi cukup mudah, boleh terus beli secara online dalam website mewangiofficial.com/  kemudian tunggu abang posmen hantar ke rumah selain boleh dapatkan di toko jamu berhampiran. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari

Hotline : 016-444 7131 / 03-7813 7707 


BBL ~ Dah guna wangije
(^_^)/~

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici