Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, December 25, 2016

Cuti Hujung Minggu Panjang 2017

Assalamualaikum & hello there,

Cuti datang lagi tahun 2017 ini. Dengan hanya berbaki lagi 5 hari sebelum tarikh 1 Januari 2017 apa kata kita intai cuti sepanjang tahun baru. Ops ada 9 kali cuti hujung minggu panjang. Sama macam tahun 2016 pun kita enjoy 9 kali cuti hujung minggu yang panjang. Tiada Monday blues...

Dah boleh start planing nak travel bercuti ke destinasi baru...jom teruskan

Di tahun 2017, kita ada 14 hari cuti umun menjadikan 6 kali long weekend holiday.. yahoo..

1. Tahun Baru Cina 28 - 30 Januari 2017 (Sabtu hingga Isnin)
2. Hari Pekerja 29 April - 1 Mei 2017 (Sabtu hingga Isnin)
3. Hari Raya Puasa 24 - 26 Jun 2017 (Sabtu hingga Isnin)*
4. Hari Merdeka & Hari Raya Haji 31 Ogos - 3 September 2017 (Khamis hingga Ahad)*
5. Maulidur Rasul 1 - 3 Disember 2017 (Jumaat hingga Ahad)
6. Krismas 23 - 25 Disember 2017 (Sabtu hingga Isnin)

Tak cukup cuti tu, ada 3 cuti umun tergantung pada hari bekerja

1. Hari Vesak - 10 Mei (Rabu)
2. Maal Hijrah - 21 September (Khamis)
3. Deepavali - 19 Oktober (Khamis)

Nak lagi cuti panjang, meh BBL share something boleh menambah cuti panjang hujung minggu dari 6 hari kepada 9 hari!

1. Apply 2 hari leave pada 11 Mei (Khamis) & 12 Mei (Jumaat) : maka 10 - 14 Mei (Rabu hingga Ahad)
2. Apply 1 hari leave pada 22 September (Jumaat) : maka 21 - 24 September (Khamis hingga Ahad)
3. Apply 1 hari leave pada 21 Oktober (Jumaat) : maka 19 - 22 Oktober (Khamis hingga Ahad)*


Korang boleh adjust cuti lagi untuk bercuti lagi..naik cuti berlambak la kerja atas meja.. tak pe janji puas holiday sakan.

Well, sekarang ni anda dah bookmark 9 cuti weekend panjang dalam kalander 

1. 28 - 30 Januari 2017
2. 29 April - 1 Mei 2017
3. 10 - 14 Mei 2017
4. 24 - 26 Jun 2017
5. 31 Ogos - 3 September 2017
6. 21 - 24 September 2017
7. 19 - 22 Oktober 2017
8. 1 - 3 Disember 2017
9. 23 - 25 Disember 2017


Eh jangan lupa 14 hari Cuti Umun tahun 2017 ni

1. Tahun Baru Cina - 28 Januari (Sabtu)
2. Tahun Baru Cina hari ke dua - 29 Januari (Ahad)
3. Hari Pekerja - 1 Mei (Isini)
4. Hari Vesak - 10 Mei (Rabu)
5. Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 3 Jun (Sabtu)
6. Hari Raya Puasa - 25 Jun(Sabtu)*
7. Hari Raya Puasa ke dua - 26 Jun (Isnin)
8. Hari Merdeka - 31 Ogos (Khamis)
9. Hari Raya Haji - 1 September (Jumaat)*
10. Hari Malaysia - 16 September (Sabtu)
11. Maal Hijrah - 21 September (Khamis)
12. Hari Deepavali - 19 Oktober (Khamis)
13. Maulidur Rasul - 1 Disember (Jumaat)
14. Hari Krismas - 25 Disember (Isnin)

*tertakluk pada perubahan anak bulan ye

Wah nampak tak betapa meriahnya tahun depan dengan cuti panjang. Sekarang ni BBL sendiri tengah mood bercuti kat kampung di Terengganu. Bayangkan bau ombak, bayu angin sempoi, minum air kepala & keropok lekor kat berada rumah (rumah memang dekat dengan pantai) fuh syok tak terkata.

Apa tunggu lagi cepat book tiket flight & bas untuk bercuti! Ha, sebelum tu elok juga check tarikh gaji kakitangan kerajaan 2017 senang nak bodek suami atau isteri tak pun ayah pergi bercuti balik kampung.

Sumber : www.tripzilla.com
BBL ~ selamat berjalan-jalan
(^o^)丿

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...