Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, December 11, 2016

Pengalaman Guna Tengok YouTube Dengan VR Box

Assalamualaikum & hello the internet,

Dah baca entri Unboxing kotak of Joy dari Lazada Malaysia sempena Online Revolution tempoh hari. Ha, boleh rujuk entri di SINI. Dalam kotak tu, BBL dapat VR Box. Memang tak sangka dapat benda alah ni sebab dah mengidam lama tak beli since tengok officemate sakan show off VR dia.

Alhamdulilah dapat gift VR Box. Dengan VR Box ni korang boleh tengok video 3D atau game 3D. Bila tengok video YouTube menggunakan VR, feel tu akan rasa lain sebab korang terasa berada dalam video tersebut. Tak kisah lah video atau movie, pasti lebih amazing dengan VR Box.

- Apa Ada Dalam Kotak -

Jom lihat apa ada dalam kotak tersebut.


Setiap kotak ada VR Box (mestilah ada kan), manual instruction, sticker mate (untuk lap debu, cap jari) & sticker sponge.

- Ciri-Ciri VR Box -

Dari pengalaman BBL guna VR Box sangat selesa walaupun nampak besar dari jauh.


Juga ada tali getah untuk mengubah mengikut keselesaan korang. Kalu rasa kepala besar, longarkan bagi muat.


Sekeliling pad VR Box ni ada sponge tuk tekap muka, so jangan risau korang tak rasa selesa bila tonton video nanti. 


Kat sini ada holder untuk masukkan telefon


Bahagian atas ada controler untuk ejas lens ke kiri atau kanan dan ejas lens ke depan atau belakang.


- Kelebihan VR Box -

- Sama seperti Samsung VR cuma harga lebih murah & berpatutan
- Biasa tengok video dalam paparan biasa je, kini dengan VR Box terasa satu kelainan berada dalam 3D
- Boleh main game ala-ala real (confirm berpuas hati bila play game)

- Cara Nak Guna VR Box -

- Pastikan skrin smartphone antara 4.6" - 6.0" inci
- Download applikasi game VR di GooglePlay. Jika boleh, maknanya telefon anda sesuai dengan VR Box
- Search dalam YouTube video VR & tonton la!

- Pengalaman BBL Sendiri -

Sangat best sampai terasa dalam video tu. Sekarang ni tak susah sebab banyak video YouTube dah support VR video. Video tu dalam versi dua paparan macam gambar di bawah. Korang boleh ejas dengan controller VR Box untuk keselasaan video tu. 


Lagi horror bila tengok video hantu. Siap menjerit lagi. Berbeza pulak bila tengok video 3D seperti roller coaster. Bayangkan anda berada dalam roller coaster tersebut kemudian video mula bergerak laju...rasa nak menjerit je.

Bukan setakat itu, VR Box juga menyokong video 360 darjah. Pusing la korang ke atas bawah kiri kanan untuk melihat keseluruhan video tu. Boleh terpusing kepala nak merasai keadaan video. 


- Harga VR Box -

Jangan kuatir bukan mahal seperti jenama lain. Cuma berharga RM 18.90 dari harga asal RM 89.90 sempena Lazada Online Revolution 11.11 > 12.12. Belum terlambat untuk korang mendapatkan satu VR Box. Klik link ini


Eh, bukan setakat VR Box je yang murah. Banyak lagi produk lain yang promosi murah kaw-kaw hari ini. Buka je protal Lazada melalui laptop atau download app Lazada dari GooglePlay atau AppsStore.




BBL ~ tengah tunggu telefon dari abang posmen
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

2 comments:

  1. Wah, best pula. Boleh tambah VR Box ni sebagai koleksi tambahan. Nice review BBL. Lama tak berkunjung ke blog awesome ni ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...