Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Friday, December 2, 2016

Kemaskini dan Permohonan BR1M 2017

Assalamualaikum & hello there,


Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017 dibuka bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2016. Pembayaran pertama akan dibuat kepada yang lulus pada awal tahun 2017. Semua penerima sebelum ini wajib kemaskini, sama ada online atau dengan kaedah mengisi borang offline.

Kelayakan dan jumlah bayaran BRIM tahun ini :
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000: RM1,200
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM3,000 – RM4,000: RM900
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM2,000 dan ke bawah : RM450
  • Pembayaran untuk yang Daftar E Kasih : RM1,200
Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017
1. Lawati laman BRIM – https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan masukkan nombor IC dan klik ‘hantar’.


2. soalan keselamatan perlu dijawab selepas anda memasukkan nombor pengenalan.

Berwaspada ketika menjawab soalan ini, tekan ‘tukar soalan’ jikalau anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang tertera. Kesilapan menjawab soalan-soalan keselamatan ini jiakalau melebihi 3 kali, nombor IC anda akan dikunci online dan anda perlu berkunjung ke lhdn sendiri. Jadi menjawap hanyalah pada soalan yang anda yakin, dan adalah lebih baik anda tukar soalan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
3. Seterusnya mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan butiran ahli-ahli keluarga.
Di bahagian B, maklumat tanggungan perlu diisi agar melayakkan diri untuk menerima jumlah kategori keluarga.

Tahun lepas sesetengah penerima mengadu kenapa diberi jumlah bujang sedangkan status ialah berumahtangga. Salah satu sebabnya ialah mereka tinggalkan ruang tangungan menjadi kosong.
Nama akaun bank tidak boleh lain dengan nama pemohon sebab duit akan masuk jikalau nama bank dan nama penerima sama.
4. Bahagian C ialah untuk menerima skim khairat kematian. Isikan nama pewaris untuk menerima pampasan sekiranya pemohon meninggal dunia dalam masa perlindungan. Tempoh perlindungan bagi setiap tahun ialah setahun.

5. Masukkan kod anti-spam dan klik ‘hantar’

6. Selepas itu terdapat windows akaun pengesahan bahawa anda telah memberi maklumat secara jujur cuba untuk memohon atau kemaskini.
7. Sekiranya permohonan anda berjaya dihantar, anda akan menerima mesej seperti berikut :

8. Cetak untuk menyimpan sebagai backup, boleh simpan sebagai PDF kalau tiada printer di sisi.
Kepada yang ingin menerima baucher BRIM boleh hantar borang ke lhdn berdekatan. Penghantaran borang melalui emel adalah tidak sah. Emel hanyalah untuk bertanya soalan, bukannya untuk kemaskini atau permohonan

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia 

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000 akan terima RM 1,200
-Ansuran Pertama : RM400 pada Febuari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Jun 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada Ogos 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 akan terima RM 900
-Ansuran Pertama : RM300 pada Febuari 2017
-Ansuran Kedua : RM300 pada  Jun 2017
-Ansuran Ketiga : RM300 pada Ogos 2017

Kategori BRIM Individu Bujang
-RM 450 pada Febuari 2017


*Kongsikan untuk rakan-rakan anda*

BBL ~ selamat memohon BR1M 2017
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

1 comment:

  1. Berapa had umur individu bujang utk dapat BRIM?

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...