Beli Telefon Baru Harga RM399 Dalam Lazada Sempena Online Revolution 2016

12:55 AM

Assalamualaikum & hello there,

Memory internal telefon dah full & telah crash banyak kali

Siapa tak bergetar tulang rusuk belah kiri bila tengok Lazada buat Mega Sale sempena Online Revolution bermula 11.11 sampai 12.12 ini. BBL dah lama teringin nak beli smartphone baru sejak telefon Sony buat hal asyik out of space memory bila nak update apps. 

Kebetulan ramai netizen Facebook share gambar bungkusan parcel Lazada. Bertambah tak senang duduk terus buka portal Lazada. Sepanjang sebulan kempen Online Revolution ni, hampir semua produk dalam lazada dijual pada harga tak masuk akal + code voucher diskaun = murah amat!

So BBL survey smartphone bawah RM500 je. Mulanya terfikir mesti basic smartphone je ya harga bawah lima ratus. Tetapi lihat lah dunia natizen! Ada banyak choice telefon middle range murah lepas diskaun kaw-kaw.


Jenama Xiomi, Samsung, Sony, Asus, Huawei, Meizu, Lenovo semua ada. Cuma pilih mana berkenan di hati & sesuai dengan bajet bawah RM500 tu. Selepas survey dengan tekun, BBL memilih untuk membeli Meizu M1 Note 32GB pada harga RM399.


Kenapa pilih smartphone ni?

Sebab features,
1. Kamera 13mp Samsung camera / 5mp kamera hadapan
2. Skrin size 5.5 inci - kurang 5 inci dari Sony BBL
3. Andriod 4.4 KitKat (boleh update ke Lilipop)
4. Internal 32GB (besar betul storage)
5. Dual-sims
6. 3140mAh power bateri
7. Warna menarik - BBL pilih warna biru

pada harga RM399 + case PERCUMA + tempered glass PERCUMA + penghantaran PERCUMA

Harga asal peranti ini adalah RM 899.00 & diskaun 56% maka ia dijual pada bawah RM500. Murah kan..paling penting BBL dapat smartphone sementara waktu. Ehem, tengah on road nak beli telefon baru 2017 nanti. 


Pada korang yang nak beli smartphone back up atau untuk hadiah kepada ibubapa, sangat sesuai beli telefon ini sementara Online Revolution masih berlangsung hingga 12.12 ini. Sebelum terlambat.. baik beli cepat kerana stok amat terhad.

Dari bacaan review lebih 30 orang pengguna (pembeli peranti warna biru) rata-rata mereka memberi feedback positive & mendapat ranting 4 bintang ke atas. Lagi satu Meizu M1 Note ada 3 pilihan warna iaitu biru, kelabu & kuning.


Sekarang ini telefon dah order & BBL akan menerima peranti baru ini pada hari Selasa ini (estimated day).


Untuk korang pembaca blog BBL masih belum terlambat untuk grab sebanyak mungkin barang kegemaran anda kerana Online Revolution belum berakhir lagi. Risau bajet tak banyak, guna sahaja voucher yang boleh dapat secara free kat bawah.


Kelebihan Shopping Semasa Kempen Lazada Online Revolution

1. Barang lebih diskaun
- Percayalah cuba compare harga sebelum sale & semasa sale Online Revolution - mostly drop murah


2. Semua department produk terlibat
- Sebut sahaja apa barang yang anda inginkan, pasti ada promosi hebat pada harga lebih menguntungkan pembeli


3. Free delivery
- BBL perasan ada banyak barang, seller offer services penghantaran percuma 


4. Lebih diskaun untuk anda
- Rasa tak cukup puas hati dengan diskaun tu korang boleh guna code voucher dari partners berikut untuk lebih banyak penjimat setiap pembelian.


Tak payah buka laptop nak tengok semua tawaran bombastik ni, guna apps Lazada pun boleh. Download sahaja melalui Google Play atau Apps Store & nikmati kepuasan browsing berjuta produk dalam portal Lazada dari smartphone tu bila-bila masa waktu stuck dalam jem, tengah duduk dalam tren atau cuci mata baring atas katil empuk sebelum tidur.

Ha, apa tunggu lagi cepat buka Lazada sekarang!


BBL ~ tak sabar tunggu abang posmen hantar bungkusan Lazada
(^_^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Murah murah! Bahaya ni boleh terspend banyak kalau macam ni. Lazada, watch out! Hehehe

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL