AnCasa Residence Port Dickson, N9 Offer Ramadhan Buffet Tema 'Kampong Boy'

8:49 AM


"Meh la singgah berbuko di AnCasa Residence yo..."

Hujung minggu seronok jugak pergi weekend gateway luar Kuala Lumpur. Tak payah pergi jauh, datang je Port Dickson Negeri Sembilan. Sekali sekala nak jugak merasa berpuasa tempat orang bukan. Tempoh hari BBL berlibur ke kawasan peranginan pantai Port Dickson. Kalu datang sini bulan Ramadan meh saya nak cadangkan satu tempat best untuk berbuka puasa juadah asli negori sembilan iaitu AnCasa Residence Port Dickson. 

Harga buffet Ramadhan cukup berpatutan dan murah untuk anda datang menjamu selera 
🌟 RM 48 nett (dewasa)
🌟 RM 30 nett (kanak-kanak - 4 hingga 12 tahun)

Pelbagai Menu Citarasa Tradisional Malaysia 

Bertema 'Kampong Boy', gabungan idea chef-chef dari AnCasa Residence, Port Dickson yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya menu tradisional negori menjanjikan kelainan dalam setiap resipi dan menu buffet ramadan. Lebih 200 jenis menu sajian masakan Melayu terhidangkan termasuk Masak Lemak Cili Padi ala AnCasa dengan pilihan seafood segar dan sayur-sayuran, Kambing Masala, pelbagai jenis kerabu, nasi beriani, ikan bakar, kambing panggang dan macam-macam lagi.


Sesuai dengan tema 'Kampong Boy' kali ini, kesemua sajian terdiri dari masakan Melayu tradisional dan popular terutama bulan puasa. Yelah sehari menahan lapar dahaga memang berselera makan nasi putih dengan lauk pauk favorite seperti Paru Berlada, Keladi Asam Rebus, Kambing Gulai Kawah, Sambal Udang Petai dan banyak lagi. Kan panjang entri AnCasa PD kalu saya up semua gambar. Hahaha

 Paru Berlada

 Keladi Asam Rebus

 Kambing Gulai Kawah

 Pucuk paku masak lemak tempoyak

 Sambal Udang Petai 

Menaik bagi BBL semestinya aneka kuih-muih seperti apam balik, roti john, roti jalan, murtabak, pisang goreng, cucur dan manisan - ais kacang, bubur serta puding yang mengubat rindu masakan bonda di kampung halaman. Wah nasib baik air tangan chef AnCasa Residence menjadi sebiji macam mak.


Tahun 2018 ni, AnCasa Residence masih mengekalkan konsep gerai dan 'live cooking' dengan 14 gerai dihias bertema 'Kampong Boy'. Serius tergamit memori zaman kanak-kanak main bola dan permainan kampung berada disini.


Lagi pun sekarang dah start deman bola World Cup 2018 kan. Sesuai sangat tema 'Kampong Boy' bersama semangat nak tengok game bola nanti. Alang-alang itu sertai sekali kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung hingga 14 Julai 2018 nanti. Mana tahu rezeki anda menang hadiah dari AnCasa Residence berupa pakej percutian, motorsikal, television, komputer, smartphone dan banyak lagi!

persembahan gamelan memeriahkan suasana berbuka puasa di AnCasa PD

Bermalam di AnCasa Residence PD

Alang-alang dah sampai PD, BBL terus check in AnCasa Residence bermalam disini. Yang bestnya, lokasi AnCasa Residence betul-betul mengadap Pantai Teluk Kemang. Ada pintu terus ke pantai dari hotel, tak payah risau kalu anak-anak nak bermain air pantai. 

 kolam renang dewasa & kanak-kanak pun ada

 pemandangan dari beranda apartment. Cantik!

ruang tamu lengkap television dan sofa

Ruang dapur incase buat susu anak atau coffee

AnCasa Residence tawar bilik penginap jenis apartment. Saya tempah satu rumah dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta bakoloni mengadap pantai. Boleh muat 6 orang dewasa tau. Cantik amat sangat pemandangan sunset dari beranda bilik. Sweet habis encik matahari waktu senja. Sekali sekala ambil angin terasa bayu laut Selat Melaka. 

 master bedroom

bilik medium dengan katil queen

bilik ketiga bersama dua buah katil single

Kepada orang Negeri Sembilan & kebetulan anda berapa sekitar Port Dickson ayuh datang iftar bersama keluarga atau rakan taulan di AnCasa Residence Port Dickson. Pasti tersenyum puas.

AnCasa Residence Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang
71050 Negeri Sembila
Telefon : 06-662 7288

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici