Hotel Federal KL Meraikan Anak-Anak Yatim Dengan Juadah Kegemaran Bapa Kemerdekaan Malaysia

1:09 AM

Bulan Ramadhan mengajar kita mensyukuri nikmati pemberian-Nya & berkongsi kegembiraan dengan orang yang lebih memerlukan. Menjadi rutin setiap kali bulan puasa tiba, Hotel Federal International Kuala Lumpur membuka lembaran nikmat keindahan Ramadhan dengan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari dalam iftar buffet di restoren Kontiki. 


Terpancar wajah gembira anak-anak teristimewa ni dapat menikmati lebih 100 jenis juadah berbuka puasa pelbagai jenis oleh air tangan chef. Kali ini restoren Kontiki membawa tema 'Juadah Kampung' sebagai satu tarikan mengimbau kenangan suasana berbuka puasa di desa. 


Uniknya Hotel Federal International turut menyajikan masakan kegemaran Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putr Al Haj. Sempat BBL rasa sendiri menu Tunku iaitu Ikan Goreng Serai, Hati Ayam Goreng Berkicap, Daging Kicap & Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Ayam Padrik, Daging Pedas, Itik Golek, Ayam Kurma Berkentang, Ketam Masak Sos Tomato, Ayam Masak Kuning, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning dengan ubi kentang, Udang Goreng Manis, Ikan Patin Tempoyak Pucuk Paku dan beberapa lagi masakan cukup menyelerakan.


Semua ini diperlohi dari buku resepi 'Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku' setebal 168 muka surat. Malah semasa sambutan ulang tahun 50 tahun kemerdekaan negara, Malaysia Airlines turut memperkenal sajian istimewa ini kepada tetamu flight ke Eropah, Australia, New Zealand serta penerbangan domestik Sabah Sarawak.


Tidak lupa banyak lagi menu enak pastinya membangkit selera untuk berbuka puasa seperti 
aneka kerabu, sajian BBQ - seafood bakar, otak-otak, ayam percik, sup gearbox, nasi bukhari, roti john, dim sum dan banyak lagi lagi. Puas hati dapat menjamu tiap satu hidangan.


Menjadi favorite saya mestilah manisan lepas berbuka - ais kacang dan kuih melayu. Kalu pergi bazar confirm cepat habis tak sempat nak beli. Namun di restoren Kontiki enjoy sepuas hati. Usah risau surau ada tersedia untuk anda menunaikan solat Magrib terlebih dahulu sebelum sambung makan juadah berbuka puasa. 


Masih belum terlambat untuk anda menikmati juadah istimewa ini di Restoren Kontiki, Hotel Federal International KL. Mungkin boleh bawa ahli keluarga berbuka puasa disini dengan 100 jenis menu traditional, masakan kegemaran dan menyelerakan ini bermula 25 Mei hingga 14 Jun 2018 jam 7.00 petang - 9.30 malam.

Harga Buffet Ramadan Juadah Kampung
🌟 Dewasa RM 138 nett
🌟 Kanak-kanak RM 35 nett
🌟 Warga Emas RM 69 nett


Sebarang tempahan hubungi 03-2148 9166 

Jangan lupa tag kontiki.thefederalkl bila upload ke laman media okay
Instagram : @kontiki.thefederalkl 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici