Beli Baju Raya Kat Jakel Barulah Raya Namanya!

2:01 AM

Hai warga internet! Pejam celik dah nak masuk minggu ke dua kita berpuasa. Punya semangat nak beraya tahun 2018 ni, hari ke empat puasa saya dah beli baju raya aidil fitri. Alasan utama beli awal sebab tak nak berebut, bersesak dan beratur panjang kalu beli baju last minute. Ala orang kata peace of mind gituh dah ada baju nak pagi pagi syawal nanti Dapat baju melayu warna hijau maroon dengan kain samping benang free!


Sama macam tahun lepas, BBL beli baju raya di gedung Jakel. Semua orang tahu Jakel tiap-tiap tahun memang buat sales kaw-kaw semua baju melayu, kurta, baju kurung, tudung dan kelengkapan rumah macam langsir dan karpet. Tak payah rusing ke kedai sana sini semata nak beli keperluan hari raya nanti. Bagi BBL la kan..nasib baik Jakel ada reason kukuh kenapa anda patut datang shopping di Jakel.

1. Baju Raya Selebriti Terkenal Malaysia
Sekali lagi Jakel menampilkan koleksi Raya Jakel dari barisan artis Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusof Iskandar. Tak lupa Harith Iskandar dan Upin Ipin. 


Bergaya sakan dari raya pertama hingga 30 syawal dengan baju selebriti Jakel. Tak gituh...

2. Harga Runtuh Hingga Diskaun 85% 
Jangan tak tahu Jakel siap buat lelongan jualan "Happy Hour" untuk semua koleksi pakaian raya. Tempoh hari BBL beli baju Awal Ashaari design terkini dengan harga RM150 dari harga sebenar RM 289. Beli baju  dapat PERCUMA butang dan sampin sekali. Pakej lengkap tak payah pening-pening cari aksesori baju raya lagi. Hu senang hati kita awak oi.


Terkini Jakel up trend Kain Samping Benang dipadan bersama baju melayu. Tengok Nabil Ahmad dan Awal Ashaari padankan dengan baju melayu. Btw kain samping benang memang santai dan mudah digayakan. Cukup fashionable idea Jakel. Jika sebelum ni kain samping songket memang sinonim dengan sang adam. Tahun 2018 kain samping benang bakal menjadi fanomena.

3. Gedung Lengkap Untuk Satu Keluarga
Seperti saya mention awal tadi, Jakel menyediakan keperluan lengkap untuk busana hari raya khas buat lelaki, wanita termasuk kanak-kanak. Boleh pilih koleksi baju raya Schawalara (design Scha Al-Yahya ada banyak pilihan dari saiz XS hinggalah 5XL, koleksi Awal Shaari tampil dengan potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu & Ara Alana khas buat kanak-kanak perempuan yang mahu bergaya hari lebaran kelak). 


Koleksi Hanis, Hairul & Yusof
Peminat Hanis mesti teruja beraya bersama buasan koleksi ini yang cukup elegan, versatile & classy. Fabriknya selesa serta mempunyai butiran beads menambah ciri-ciri ekslusif. Manakala koleksi kurta Hairul diperbuat dari fabrik cotton sesuai cuaca negara kita. Rekaan ni ada detail poket bahagian sisi tepi baju. Untuk si comel, pilih saja koleksi kurta Yusof yang potong leher 'round neck' demi keselesaan anak kecil.


Malah koleksi Upin Ipin masih menjadi kegemaran anak-anak lelaki dengan kain samping dan butang baju Melayu PERCUMA. Warna baju juga berwarna warni dan ceria sesuai dengan pilihan saiz. 


Nasihat BBL lebih baik anda datang ke cawangan Jakel Shah Alam lebih awal untuk kepuasan membeli baju raya serta keselesaan memilih corak serta saiz kesukaan. Alang-alang tu follow social media Instagram @jakel_shahalam dan Facebook @Jakel Shah Alam untuk update promosi terkini special Jakel.

Betullah orang kata, Jakel Barulah Raya!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici