Sedapnya Sizzling Peper-Licious NY Steak Shack

2:25 AM

baca hingga habis entri ye

Jika anda tengah mencari restoren menarik untuk impress someone dengan menu yang tak lapuk dek trend terkini, nampaknya NY Steak Shack memang tempat terbaik harus anda datang. Terbaharu NY Steak Shack ada memperkenalkan menu berinspirasi dari salah satu lada hitam terbaik di dunia - NYSS 'Pepper-Licous' yang dihidang atas plate sizzling panas bersama sos lada hitam, kepingan ranggup bawang putih goreng dan mentega bawang NYSS. Pergh dengar bunyi dah terbayang betapa best sizzling panas atas meja. 


Tidak seperti restoren western biasa lain, menu terbaru NY Steak Shack menampilkan sajian itik sebagai salah satu variasi menu Peper-Licious. Bukan main-main okay. Sizzling Duck Chop telah dipilih untuk featured dalam menu 'Peper-Licious' pada harga RM27.90. Pilihan 'Peper-Licious' lain seperti Sizzling Beef Tenderloin Skewers cuma RM34.90, Sizzling Lamb Leg harga RM35.90, Sizzling Emerald Fish (ikan patin) berharga RM24.90 dan favorite ramai Sizzling Chicken Cevapi RM23.90 beserta dua hidangan sampingan pilihan korang sama ada  kentang goreng, mashed potato, pumpkin rice, jagung rebus, coleslaw, mixed vegetables atau salad. 

 Beef Tenderloin Skewers RM34.90

 Emerald Fish (ikan patin) RM24.90

 Chicken Cevapi RM23.90

 Duck Chop RM27.90

 Lamb Leg RM35.90

Nah preview sikit suasana time saya mencuba NY Steak Shack sizzling terbaharu. Komen jika anda terliur ye.


Jangan lupa mencuba minuman Fresh Fruit Mocktails pilihan Perfect Mix, Orange Breeze, Minty Lime Cooler atau Lemonade Zest berharga RM8.90 atau hanya RM6.20 add on bersama sizzling Peper-Licious. Jika anda peminat smoothies, Fresh Fruit Smoothies Banana, Pineapple Lemonade, Red Apple dan Pineapple & Mint harga RM9.90 setiap satu atau hanya tambah RM7.20 bagi setiap hidangan sizzling pasti membangkitkan selera ketika makan. 


Sebelum pulang nikmati pencuci mulut Red Velvet Cake, Carrot Cake, Brownies with ice-cream dan Chocolate Cake with ice-cream. Sedap chocolate cake yang cair dalam mulut. Cukup sempurna bagi saya!


Nikmati sajian istimewa ini sebelum tempoh promosi tamat. Untuk update promosi terkini, ikuti NY Steak Shack di Facebook

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici