D'Tahta @ i-City - Lokasi Cantik & Menyelerakan Iftar Ramadhan

4:48 AM

Ramai pasti tahu tentang pusat tumpuan utama percutian tempatan, Bandar Bercahaya i-City Shah Alam. Namun mungkin ramai belum tahu di dalam kawasan i-City, telah terbina DEWAN KERAIAN & PERKAHWINAN yang sangat cantik dan eksklusif bernama D'TAHTA


D'TAHTA Wedding & Events, terletak di Tingkat 1, i-Soho Condominium di i-City Shah Alam. D'Tahta mempunyai dua dewan - White Hall & Garden Hall, di mana kedua- duanya terletak sebelah menyebelah cuma dipisahkan oleh pintu kalis bunyi. Boleh dibuka untuk menggabungkan dua dewan tersebut menjadi satu. Dua dewan DTahta yang di bina dengan kos hampir 1 juta menampilkan dekorasi bercitarasa tinggi dengan 2 konsep berbeza iaitu 

🌟 WHITE HALL: Dengan Sentuhan Mewah, Anggun & Glamour Bewarna Putih Gaya Inggeris. 
🌟 GARDEN HALL: Dengan Suasana Dalam Taman Yang Penuh Kehijauan, Tenang Dan Damai.

D'Tahta yang telah mula beroperasi pada Februari 2018 dimiliki oleh usahawan wanita terkenal Malaysia, Mona Din yang juga telah pernah membina beberapa nama besar di dalam bidang perniagaan seperti Leesa Formula, Serenity Spa, Hajaba, Umrahajj, KL International Hijab Fair [KLIHF], WOJ Muslimah Brands Outlet Plaza Masalam & The Curve, serta lain-lain.


Selain dipuji ramai sangat cantik, D'Tahta mempunyai pelbagai keistmewaan yang lain seperti :
☑️ Ruang parkir yang banyak & mudah, kerana mempunyai lebih 3000 lot parkir berbumbung di dalam bangunan yang sama 
☑️ Persekitan i--City yang berlanskap cantik di simbahi cahaya neon bergemerlapan boleh menjadi tempat terbaik untuk mempelai dan tetamu berfotografi selain mereka dapat bersiar-siar di sekitar kawasan i-City selepas selesai menikmati majlis di D'Tahta 
☑️ Dewan berhawa dingin yang telah siap di dekorasi sepenuhnya seolah - olah galleri hiasan dalaman, sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis kenduri kahwin, nikah, tunang, hari lahir, aqiqah, ulangtahun perkahwinan, makan malam syarikat, seminar & forum serta apa jua majlis anda.
☑️ Kemudahan penginapan untuk di sewa untuk pengantin, keluarga & Sahabat handai, kerana i-City mempunyai banyak condo yang dijadikan homestay, seperti i-Soho, i-Suites, Residence dan lain-lain 
☑️ Selain dari kemudahan di atas, satu lagi faktor kekuatan D'Tahta ialah mempunyai beberapa Panel Caterer yang sangat berpengalaman di bidang Catering & Restoren yang menjanjikan sajian yang Terbaik, Enak Berkualiti Tinggi 

Okay Marou kasi preview sikit suana dalaman D'Tahta. Persis berbuka dalam taman gituh. Cantik & ekslusif amat sangat. Sesuai bawa orang tersayang, keluarga atau buat reunion bersama-sama.

 bahagian luar dewan cukup mempersonakan hati

 suasana dalam dewan

🌙 PAKEJ BUFFET IFTAR RAMADHAN D'TAHTA  🌙

Sempena Ramadhan, D'TAHTA turut mengambil kesempatan memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang lazat di tempat yang cantik, di kedua-dua dewan D'Tahta.

Pakej Buffet Ramadhan DTahta mempunyai 2 tema & pilihan 
1. MENU MASAKAN KAMPUNG & KAMBING BAKAR oleh MAK NGAH Caterin di Garden Hall DTahta Pakej Buffet ini berharga RM 59 Dewasa & RM 35 Kanak-Kanak 4-11 tahun.

 nasi pandan ni mesti cuba..serius sedap


Tak lupa aneka juadah pencuci mulut yang menyelerakan untuk anda nikmati saat berbuka puasa di D'Tahta @ i-City Shah Alam.


2. MENU KAMPUNG atau CHINESE atau ARABIC FOOD by EDEN Catering, untuk tempahan oleh GROUP atau CORPORATE. 

D'Tahta mempunyai SURAU untuk lelaki & wanita yang terletak di Tingkat 2M, i-SOHO @ i-CITY Shah Alam. 

Untuk Tempahan, sila WHATSAPP 
SYUHADA 011-1146 7669 
AZLAN 011-16674021 

DTAHTA Wedding & Events 
Level 1, i-soho, i-city Seksyen 7 Shah Alam 40000 Selangor 
Facebook: DtahtaWeddingVenue 
Instagram: Dtahtaweddingvenue 
Email: Dtahtawedding@gmail.com 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici