Menu Meriah Raya Terbaru Kenny Rogers Roasters

10:40 AM

Sempena bulan Ramadan & lebaran bakal tiba tak lama lagi, hari nie Kenny Rogers Roaster memperkenalkan hidangan tradisional dengan citarasa moden sebagai menu baharu iaitu set Meriah Raya.


Menampilkan sajian Ayam Masak Merah - menu paling favorite rakyat Malaysia time bulan puasa yang dihidangkan bersama Nasi Tomato pasti membangkit selera berbuka puasa atau sepanjang bulan Syawal nanti. Wah sedapnya!


Ada tiga pilihan set hidangan Meriah Raya boleh anda nikmati bersama iaitu
🌟 Meriah Chicken Meal - 1/4 Ayam Masak Merah + Kenny's Nasi Tomato + 1 side dish + 1 Muffin Riang Raya RM 20.50
🌟 Meriah Classic Meal - 1/4 Ayam Masak Merah + 2 side dish RM 15.50
🌟 Meriah OMG Meal - 2 ketul Ayam Masak Merah OMG + Kenny's Nasi Tomato + 1 side dish + 1 Muffin Riang Raya RM 23.50
🌟 Meriah Classic OMG Meal - 2 ketul Ayam Masak Merah OMG + 2 side dish RM18.50

Jangan lupa rasa rasai sendiri muffin Riang Ria perisa pandan dengan isi kelapa parut gula merah. Sedap betul muffin KRR. Memang favorite saya datang makan KRR tak sah kalu tak makan muffin. Oh ya, lupa nak #CadangOrder air Kenny Sirap Bandung yang lemak berkrim. Kalu korang nak something refreshing cuba minum  Kenny's Fizzy Rose. Rasa segar minum waktu iftar sampai saya sendiri repeat 2 gelas. Hehehe

sweet match - Kenny's Fizzy Rose & Kenny Sirap Bandung

Bulan Ramadhan ini Kenny Rogers Roaster ada offer set jimat - KRR's Meriah Take Me Home pada harga cuma RM59.90 sahaja dengan pilihan 

Satu (1) Kenny's Whole Chicken ATAU enam (6) OMG Chicken dengan sos Masak Merah, empat (4) muffin Riang Ria, dua (2) side dish, satu (1) 1.5 liter Coca Cola dan i.Care Bag bernilai RM10 bagi anda yang mahu menikmati hidangan KRR bawa pulang.

Dalam majlis berbuka bersama media, KRR juga mengumunkan pemenang bagi contest Fortune Sarangheoyo yang mana pemenang berjaya mendapat pakej percutian ke Korea - Pulau Jeju, Busan & Seoul. Wah best dan tahniah kepada pemenang. Nanti bawa balik key chain ye.

Tempat pertama - En. Mohd Amin, Tempat kedua - En. Zahar  & Tempat ketiga - Cik Suzan

Btw kalu korang teringin nak berbuka puasa di restoren KRR tapi risau seat dah penuh, boleh cuba langkah-langkah berikut:
1. Walk-in atau call restoren KRR
2. Buat tempahan & masa nak datang
3. Bayar dan dapatkan no table korang

Cukup mudah tak payah tunggu que lama atau order lambat sampai time waktu berbuka puasa nanti. Okay set date pergi ifthor kat KRR..


Maklumat lanjut caling-caling Kenny Rogers Roaster 03-2119 9888 je. Layari www.krr.com.my dan like facebook/krrmalaysia okay. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici