Murah-Murah Baju Raya Kat Haqqi Bangi

1:51 AM

Assalamualaikum semua. Excited nak share dengan anda ni pasal satu butik di Bangi. Last week pergi beli baju raya kat Haqqi Bangi. Bukan main murah-murah harga baju raya dorang jual sampai naik rambang mata nak pilih mana satu. 


Pelbagai design, corak dan pilihan ada. Orang lelaki tak susah sangat sebab cuma decide nak pakai baju melayu, kurta atau jubah kan. Kemudian pilih warna anda suka. Mana yang sedondon satu family pun tak jadi masalah. Haqqi ada jual bermacam label artis seperti jenama Haqqi, IzzueXclusive, Al-Mukarramah, Seeni, Rijal & Co serta pelbagai lagi. Tunggu pilih sahaja.

 kan dah bagitau harga berbaloi beli


IzzueXclusive pun ada baju melayu, kurta dan jubah. Sama juga Rijal & Co dengan baju melayu Wak Doyok. Ada saiz SX sampail la XXL. Al-maklumlah tuan badan kecik je, so saiz XS dah cukup ngam-ngam dan cutting slim fit. Baru seronok nak bergaya hari raya nanti. Puas hati dapat beli baju kurta Johor warna merah darah ikan sehelai dan kurta korea warna dark blue. Raya kan sebulan nanti boleh pakai ke open house.

ni design kurta korea sekali seluar..nice


Usah risau Haqqi ada menjual baju raya untuk seisi family. Kalu lelaki boleh pilih baju melayu atau kurta, kaum perempuan boleh pakai baju kurung, kebaya, blouse atau jubah. Ha boleh dilema nak pilih mana satu design jenama apa. Tak sangka Haqqi famous dengan tawaran jenama selebriti terkenal seperti EL by Elfira Loy, OWL by ND, Zareeth Zehra dan few lagi. 


Alang-alang tu beli tudung sekali, macth dengan baju raya. Tak payah pening nak cari tudung kat kedai lain. Banyak je choice tudung EL by Elfira Loy, Owl by ND, Ameera Zaini mahu pun Haqqi.

Tidak lupa baju raya untuk anak-anak anda boleh beli disini. Senang cerita Haqqi menyediakan kelengkapan busana untuk satu family. Selain selesa, luas serta staff friendly membuatkan saya sendiri tenang nak pilih baju. Tak payah berebut dengan orang lain.  Peace je hati datang butik hati.


Selain jual busana raya, Haqqi menjadi hab kelangkapan umrah dan haji. Ha ni kalu korang, anak beranak family, sedara, jiran nak pergi umrah ramadan minggu ini atau hujung puasa ni elok sangat datang sini. Butik Haqqi ada menyediakan semua keperluaan untuk mengerjakan umrah serta haji. Btw Haqqi ada share list kelengkapan patut anda bawa semasa umrah/haji - rujuk entri ini.


Pembelian secara atas talian di www.haqqi.com.my pun boleh & penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Zaman sekarang semua beli online je senang dan mudah ATAU terus ke Butik Haqqi berdekatan dengan anda.


👉🏻Butik Haqqi Shah Alam
 13 Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
(lokasi berdekatan dengan JAKEL SHAH ALAM)

👉🏻Butik Haqqi Bangi
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(lokasi belakang KOMPLEKS PKNS)

👉🏻Butik Haqqi TTDI
 No 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
(lokasi bersebelahan BUTIK NAELOFAR) 

👉🏻Butik Haqqi Terengganu
 Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. (lokasi berdekatan dengan JAKEL TERENGGANU)

👉🏻Haqqi Brunei
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Brunei Darussalam

Follow sosial media Haqqi untuk update promo terkini

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici