Cun Ah Smartphone Oppo R15 Pro Terbaru

9:35 AM

Atas permintaan ramai peminat O-fans kini Oppo Malaysia melancar flagship terbaru iaitu Oppo R15 Pro dengan ciri-ciri terkini khusus buat peminat swafoto. Berita baik untuk korang yang sedang mencari telefon untuk bergambar pagi lebaran nanti. Tak lengkap raya tanpa telefon baru kan.


Spesifikasi Oppo R15 Pro


Smartphone Oppo R15 Pro

Saiz peranti
Tinggi - 156.5 mm
Lebar – 75.2 mm
Tebal – 8.0 mm
Berat – 180g
Saiz Skrin
6.28 inch Super Full Screen
Procesor
Qualcomm SDM660
Operasi Peranti
Andriod 8.1 (Oreo)
Kamera
Dual-kamera 20MP+16MP
Memori
RAM 6GB + 128GB internal
Bateri
3430mAh, sokongan pengecas pantas
Warna
Cosmic Puprle, Ruby Red
Semasa majlis pelancaran peranti R15 Pro, BBL sempat mencuba selfie dan merasai pengalamn menggunakan telefon siri R. Memang tidak dinafikan saiz skrin cukup lebar dan besar membuatkan saya jatuh hati. Baru puas pakai telefon skrin besar. Senang nak tengok video youtube, main game COC, scroll instagram atau amik gambar.

dah terbiasa pakai telefon skrin besar tak terasa kekok pegang sebelah tangan

bahagian belakang dengan fingger print & dual kamera

tepi tak lah tebal pun

Kepuasan bergambar dengan Oppo R15 Pro tak boleh dinafikan. Hasil gambar kemera depan dan belakang sangat berpuas hati walaupun dalam keadaan low light waktu. Ini pun gambar sempat saya snap. Clear, cerah dan tak blur. No wonder ramai peminat Oppo tertunggu siri R keluar untuk pasaran tempatan. Tambah lagi bokeh effect dual kamera. Terbaik persis DSLR awak oi..


Kali ini Oppo tampil dengan warna baharu iaitu Ruby Red dan Cosmic Purple yang seakan-akan bersinar jika terkena biasan cahaya. Tak payah pakai casing kalu macam ni. Untuk lelaki mungkin sesuai pilih Cosmic Purple dan bagi wanita sila beli warna Ruby Red yang cukup mengancam mata memandang ni.


Harga Oppo R15 Pro
Dijual pada harga RM 2399 dengan pra-tempahan bermula hari ini hingga 31 Mei 2018. Anda boleh menempah terus melalui Oppo Concept Store, telco Celcom atau online dan bakal dapat hadiah PERCUMA edisi terhad. Cepat..jangan lambat lambat



Tempah Oppo R15 Pro : www.oppostore.com.my/products/r15pro 


Senarai Oppo Concept Store : www.oppo.com/my/shops 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici