Game Show 'Jom Cabar' Hurr.tv Memang Kelakar

10:24 PM

Minggu lepas BBL ada la godek-godek Hurr.tvlaman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia. Tetiba terbuka satu pautan video di Hurr.tv iaitu game show 'Jom Cabar' episode pertama. Gelak sesorang je tengok gelagat student uni bersama social media influencer.


‘Jom Cabar’ adalah program penutup yang dilakukan dalam siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan Facebook, YouTube, Instagram) anjuran hurr.tv di lima universiti dan kolej tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia membabitkan perlawanan di antara personaliti media sosial seperti Faizdickie, Ucop, Zukie dan Dr. Say Shazril bersama pelajar-pelajar. Ha mana tahu nampak junior korang dalam game show ni.

Konsep ‘Jom Cabar’ membabitkan tiga cabaran berlainan. Cabaran pertama adalah permainan ayat di mana dalam sesi ini personaliti media sosial akan membacakan perkataan yang berbelit atau ‘tongue twister’. Pelajar kemudiannya perlu menyebut perkataan tersebut secara berturutan atau secara terbalik. 


Cabaran kedua pula membabitkan permainan fizikal. Personaliti media sosial bersama pelajar perlu bermain beberapa jenis permainan seperti badminton dan bola. Permainan ini nampak mudah, namun dengan olahan atau ‘twist’ yang direka oleh pihak produksi, pelajar pastinya mempunyai kesukaran untuk memenangi segmen berkenaan.

Manakala cabaran ketiga pula adalah permainan ‘Gun-Ba-Ka’ atau lebih dikenali sebagai permainan tangan ‘Gunting-Batu-Kertas’. Uniknya, cabaran ini akan menampilkan dua personaliti media sosial bersama seorang pelajar. Jika seperti kebiasaan permainan ini membabitkan sebelah tangan sahaja, namun ‘Gun-Ba-Ka’ memerlukan pelajar menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memenangi segmen berkenaan menewaskan personalitipersonaliti terbabit. Ketiga-tiga cabaran ini memberikan pelajar hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar Oppo F5. Wah syok ah


Episod web pertama ‘Jom Cabar’ membabitkan personaliti media sosial Ucop dan Faizdickie bersama pelajar-pelajar UKM. Manakal episod web kedua pula, saksikan aksi personaliti media sosial Dr Say Shazril dan Kak Leha Bunting (Faizdickie) bersama pelajar-pelajar UiTM. Meriah weh! Untuk korang yang terlepas, boleh je lihat kembali di 



Jangan lupa saksikan ‘Jom Cabar’ setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang di www.hurr.tv.  

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici