Nama Sebenar Kuih - Muih

2:44 AM


Sebut sahaja tentang Bazar Ramadhan
benda pertama terlintas kat kepala mesti kuih muih kan?
Tapi korang tahu nama sebenar kuih tu?
Jangan jadi macam kawan BBL, kesnya dia tak ingat
nama kuih yang nak beli, nasib baik tahu bentuk & fizikal kuih tu.

Punyalah dia cerita kat mak cik jual kuih tu,
"saya nak beli kuih, tapi tak ingat nama apa kuih tu..
kuih tu warna hijau, dalam ada inti mcm gula, 
ala macam gula melaka, kuih tu, kena rebus,
bila dah masak kena gaul dengan hampas kelapa.."
Tergelak mak cik tu. Rupa-rupanya dia nak beli Onde-Onde.

Tapi macam mana dengan kuih-muih kat bawah ni?


Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih untuk blackout = Tepung Pelita
Kuih tangkap ikan = Roti Jala
Kuih standard Hollywood = Kuih Jennifer Lopez
Kuih unit pemusnah bom = Kuih Bom
Kuih kaki dera = Kuih Cakar Ayam
Kuih paling bengap = Lempuk (sokmo nak kena hempuk) haha!
Kuih paling putih = Kuih Tepung Gomak
Kuih paling policies & procedures = Kuih Cara
Kuih paling rockstar = Kuih Deram
Kuih ahli bomba = Kuih Bakar
Kuih paling selekeh = Kuih Serabai
Kuih paling selalu kena marah = Putu Bambu
Kuih paling menyengat = Kuih Sarang Tebuan
Kuih iklan Ridsect paling suka = Kuih Sarang Semut



Tergelak kawan BBL tengok nama samaran kuih ni.
Kalu terliur, jangan lupa singgah bazar Ramadhan beli kuih.


BBL ~ nak berbuka puasa dengan kuih je.
[-____-]





seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan....


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL