Syawal Dirai & Ramadhan Ditangisi

9:11 AM

Assalamualaikum & salam syawal.
Masih belum terlambat kan, BBL mengambil kesempatan ini
mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pembaca BBL.
Tak lupa juga SELAMAT HARI KEMERDEKA KE 54.



Fuh penat sangat sehari beraya hari ni.
Ini kisah BBL untuk raya tahu ni.

SEHARI SEBELUM RAYA
Dah kena kerah tenaga dengan mak, disuruhnya bersih satu rumah.
Dari stor sampai ruang tamu. Nasib baik sempat bersihkan
semua sebelum berbuka puasa. Actually memang ada niat,
nak berbuka puasa time mandi tapi esok dah nak raya.
Baik tahan dulu dahaga dek penat alih meja & kerusi.

MALAM RAYA
Waktu ni BBL paling sibuk ala  perdana menteri pertahanan.
Ingatkan kerja kelmarin dah sudah, tapi ada lagi rupanya.
Tapi sambil buat tukar kusyen sempat jugak BBL teman adik
main bunga api sampai bunga api habis BBL main sorang-sorang
Malam raya jugak seronok sebab waktu nilah kalu nak rasai
macam mana keadaan di Iraq. Yeplah, sana sini duk
main mercun sampai melatah jiran BBL.

PAGI RAYA
Sebelum tidur bersemangat bangun awal pagi tapi bangun pukul 8 pagi.
 Kan dah kelam kabut. Nasib baik semua dah siap.
Lepas semua ahli keluarga BBL dah bermaafkan, kitaorang pergi ziarah
kubur. Sayu hati bila teringat kenangan dengan orang kita sayang.
Lepas tu, baru BBL keluarkan list rumah yang wajib keluarga BBL 
pergi setiap tahun. Semestinya rumah rakan rapat ayah
BBl & adik-adik serbu dulu sebab dapat duit raya.
Dah besar panjang pun BBL boleh lagi dapat duit raya.
Seronok kan? Aktiviti exercise setahun sekali ni
BBL buat sampailah petang raya.
Memang penat tapi seronok!

MALAM RAYA PERTAMA
Habis semua list rumah yang kena "serbu" barulah
balik rumah. Malam raya biasanya keluarga BBL hanya bersantai depan tv.
Time ni lah kalu nak menunjuk sapa paling otai kutip duit raya.
Yes! semestinya BBL menang! Tak delah sampai beribu-ribu kan?
Tapi lebih baik ada dari tak de langsung. Betol tak?

Itu sahaja perjalanan hari raya pertama BBL.
Banyak memori tercipta setiap kali syawal datang.



BBL~ selamat hari raya semua
[-___-]$$$





Seronok baca? apa kata share dengan kengkawan kat.....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici