Preview Filem : Hantu Bonceng

6:09 AM

Alhamdulilah..lega dapat berbuka puasa tadi.
Rehat kejap sebelum pergi solat terawih.
BBL terjumpa trailer Hantu Bonceng kat Youtube.
Cerita macam kelakar & seronok je.
Dengan lakonan "couple" Zizan Raja Lawak & Jualiana Evans
memang mantap je.


Sinopsis :
Cerita mengisahkan Amran (Zizan Raja Lawak),
seorang budak penghantar pizza yang gemar
berlumba secara haram motor 'Drag'.
Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah
dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya (Juliana Evan)
sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran
hendak membawa Maya keluar dari port, mereka telah kemalangan
dan Maya telah mati ditempat kejadian. Sejak dari kejadian itu, Amran
sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran
sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapatkan bantuan
 kawan karibnya, Kunyit untuk membantu menjejak keluarga Maya
yang sehinggan kini masih menjadi misteri setelah 
Halimaton, kekasih Amran seorang jururawat enggan 
membantu Amran sebab marah atas kecurangan 
Amran terhadapnya. Tanpa disedari tut... bateri habis dah nak cakap..


Kalu nak tahu kesudahan cerita Hantu Bonceng ni, 
jangan lupa menontonya pada Syawal ini.


Tarikh Tayangan : 
31 Ogos 2011
- 2 Syawal 1432H-



Tengok trailer pun dah rasa kelakar. Itu belum tengok lagi
kat panggung. Raya nak mintak duit raya banyak-banyak
dengan uncle & untie, lepas tu pergi Hantu Bonceng sama-sama ok.


BBL ~ book tiket online kat TVG.
[$_$]






seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat...



You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah cmbest.. tp knapa poster dia mcm poster murahan? huhu

    ReplyDelete
  2. saiazuan : ntah. disigner poster tak de idea kot.

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL