Laporan Prestasi Blog 2013

11:35 PM



Alhamdulilah hari ini sudah 8 hari berada di tahun 2014.
Sempena tahun baru ini, apa kata kita review balik apa terhangat & tersedih 

sepanjang tahun 2013 di blog BBL.

Entri Paling Hangit

1. Biodata Fattah Amin - Hero Pelakon Playboy Itu Suami Aku
Dengan lebih 14 ribu pageviews, entri ini mendahului entri paling hangit 
sepanjang tahun 2013. Mungkin kerana wanita sudah cair dengan watak playboy
di dalam Drama PISA kot.

2. Maksud Di Sebalik Lirik Lagu Gangnam Style
Fenomena PSY sedikit sebanyak memberi tempias trafik blog
selepas isu lagu Gangnam Style di katakan menghina Islam

3. 14 Fakta Menarik Tentang Burj Dubai
Mungkin di sebebkan ramai rakyat Malaysia mula melancong ke teluk Dubai,
maka Burj Dubai menjadi destinasi mesti dilawati ke sana

4. Siapa Aiman Dalam Iklan Raya Maxis
Satu lagi kesan radiasi remaja Tajul Cullen didalam iklan raya Maxis 2013
telah menyebabkan ramai pengguna mencari biodata Tajul.
Tak sangka dunia ni kecik saja, BBL dah terjumpa Tajul di depan mata
selain dia merupaka anak sedara kepada kawan BBL

5. Membongkar Kompirasi Sukan Olimpik 2012 Siri 3
Kisah penutupan Olimpik 2012 turut menjadi perbualan sehingga tahun 2013.
Walaupun ramai mengetahui isu stadium & pembukaan olimpik tetapi
turut memahat sejarah sendiri apabila Malaysia berjaya memungut 1 perak & 1 gangsa.

Kempen CPUV Nuffnang

Sepanjang tahun 2013, BBL telah menerima 48 CPUV & semua telah dikreditkan.
Paling best apabila buat pertama kali BBL mendapat Advertorials
iaitu sponser post dari Nestle melalui Blogger Recepi Challenge.

Menang & Menang

Usaha memenuhkan ruang segmen & giveaway menbuahkan hasil apabila
menang tempat pertama dalam Buddy Giveaway, teka-teki oleh Yumida.
Tak lupa dari SAYS.MY untuk hadiah tiket konsert Kesha Tour & Samsung Malaysia
untuk topup bernilai RM50

Diari BBL

Paling mengembirakan mestilah pageviews melebihi 200k.
Tak sangka dalam masa 3 tahun usia blog ini BBL dah berjaya mencapai angka 200k views.
Bermula dengan 100k pada awal bulan 3 & sebelum disember dah capai 200k.

Perancangan tahun 2014

Di awal tahun baru ini, BBL target untuk mempunyai 1 lagi blog khas
 untuk giveaway & segmen. Kemudian BBL planning untuk mengadakan satu
giveaway istimewa khas buat pembaca. Nak tahu kena stay tune bersama BBL.

Chill!

BBL ~ nak tambah satu lagi blog
\[U.U]/


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di... 

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL