Zaman Budak : Cerita Ultraman

5:00 PM

Assalamualaikum & hello there,

Dulu zaman budak-budak rancangan paling wajib tonton mestilah Ultraman. Sebab apa? Sebab tiap minggu ada je raksasa baru datang ke bumi. Kesian ultraman kena lawan sorang je. Kadang-kadang abang utltraman ada jugak tolong. Kalu kakak ultraman tak buzy, boleh la tengok aksi ultraman perempuan gaduh dengan raksasa. 


Pernah terpikir kenapa ultraman selalu gaduh tempat sama, cubalah gaduh tempat lain. Ni asyik tengah bandar, dalam hutan, tepi pelabuhan. Cubalah gaduh kat padang ke, tepi pantai ke tak pun gaduh dalam air. Baru best tengok ultraman westling raksasa kaw-kaw. Tapi tak syok tak de bangunan meletup terbakar dek kena ultraman pijak. 

Ultraman kegemaran BBL mestilah Ultraman & Ultraman Taro sebab power dorang kuat. Ultraman selalu bagi fire kit sebelum monster tu hancur berkecai. Lepas tu raksasa pun berubah jadi kecik. Keluarga ultraman sebenarnya besar siap ada mak & ayah lagi. Tak tahulah kot ada atuk ultraman. Nama ultraman pun hebat macam Ultraman Ginga, Ultraman Zero, Ultraman Cosmos, Ultraman Mebius, Ultraman Tiga, UltraSeven & lain-lain. Kan sebut semua anak beranak ultraman penuh entri ni. 


Biasanya lepas habis cerita ultraman pukul 6 petang, semua kawan pakat kumpul depan rumah BBL. Macam biasa story balik cerita ultraman tadi. Puas komen kes ultraman lambat serang monster, kami      oh-sum decide sapa jadi monster & sapa jadi monster. Kononya nak re-story balik cerita ultraman tu. Paling tak tahan, yang nak jadi ultraman 4 orang. Yang jadi monster sorang je. Maka kesianlah monster tu sorang kena bedal ramai-ramai. *jangan risau kerana tiada haiwan terbunuh dalam aksi re-story ultraman. Hahaha. 

Dengar cerita Ultraman nak datang ke Malaysia tahun depan. Khas buat peminat Ultraman macam BBL ni boleh la terjah roadshow Ultraman di Kuala Lumpur bermula 31 Oct sampai 9 Nov ni. Nak tahu kat mana, Boleh baca kat sini --> Roadshow Ultraman . Boleh korang selpie dengan figure Ultraman, kalu Ultraman tak buzy lawan raksasa depan KLCC mohon mintak sign sekali. Yelah bukan selalu Ultraman datang Malaysia. Kan biasa Ultraman gaduh kat Jepun je. 


*Klik gambar untuk maklumat lanjut pasal ultraman

Roadshow Ultraman 2014
27 Oct - 9 Nov 2014
Tokyo Street, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur


Nanti pergi pavi jangan lupa kirim salam kat Ultraman Tiga, pesan kat dia, tahun depan jemput beraya rumah ye.

BBL ~ lampu dada ultraman selalu berkelip, kenapa tak bawak power bank?
|_・)

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. saya sampai sekarang pn tetap layan ultraman.. yerlah klu anak buah sy pegeng remote tv memg kita kena tgok ler ape yg dia pasang... ada 2 rasa macam nk muntah sebab dari pg sampai ke malam dia pasang vcd ultaraman... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kena bawak dia pergi roadshow ultraman ni

      Delete
  2. sy suka ultraman cosmos ahahaha. ultraman taro kelakar lahh xD

    ReplyDelete
  3. Otomen tak minat ngat...minat power rangers..hehe

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL