Karnival Upin & Ipin 2014

12:16 AM

Assalamualaikum & hello there,

Siapa tengok cerita Upin Ipin sila angkat kening! Dari umur 2 tahun sampai pak cik semua kenal Upin Ipin kan. Tambah lagi pukul 5.00 petang dah terpacak depan TV9 nak tengok animasi kisah Upin Ipin kan kan. Ha, setakat tengok dalam tv atau youtube tak best, apa kata jom kita ramai-ramai ke Karnival Upin & Ipin 2014 hujung bulan November ini. 

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA


7 SEBAB kenapa mesti pergi Karnival Upin & Ipin 2014

No 1 - Ada replika saiz sebenar rumah opah

Selfie bersama adik-adik atau anak tersayang di dalam rumah Upin Ipin. Rumah 100% sebenar mengikut semua perabot dalam cerita Upin Ipin. Mesti seronok ziarah rumah opah. Boleh masuk bilik Upin Ipin. Jangan kotorkan rumah sudah, nanti Kak Ros marah. :D


No 2 - Boleh jumpa 13 maskot siri animasi Upin Ipin

Meimei. Fizi, Ehsan, Jarjit, Mail, Kak Ros, Opah Upin & Ipin pun ada. Masa ni lah boleh peluk Opah & Kak Ros. Yang penting mereka semua sangat comel. Rugi tak ambil gambar beramai-ramai. Nanti boleh tunjuk kat kawan sekelas, mesti dorang jeles.


No 3 - Eh, Ara, Aris & Aki pun ada

Inilah masa nak berjumpa dengan maskot Ara, Aris & Aki dari animasi Pada Zaman Dahulu. Boleh salam dengan Aki. Mesti seronok kan. Nanti mintak Aki bercerita kisah zaman dahulu live depan anak-anak. 


No 4 - Mesti nak jumpa maskot Puteri

Buat pertama kali, Karnival ni akan menampilkan maskot animasi Puteri seperti Puteri Purut, Puteri Manis, Puteri Bali, Puteri Kasturi & Puteri Nipis. Mesti cantik-cantik Puteri kita kan. Rugi tak pergi karnival ni. 



No 5 - Paling best ada Ultraman!

Yahoo, Ultraman ada sekali kat PICC nanti. Senyum ke pipi dapat jumpa Upin Ipin & hero Ultraman dalam satu tempat. Jauh Ultraman datang dari Jepun untuk jumpa adik-adik semua.


No 6 - Nak tahu pemilik suara Upin & Ipin

Jika sebelum ni, hanya jumpa maskot Upin Ipin je tapi di karnival Upin & Ipin boleh jumpa dengan adik Asyiela putri. Nanti boleh mintak dia bercakap ala suara Upin Ipin. Mesti kelakar kan. Tak percaya suara adik perempuan jadi suara Upin Ipin. Patotlah comel semacam je. 


                                                   No 7 - Semestinya PERCUMA!

Tak payah risau nak bayar tiket ke 'Studio Tour' di Putrajaya International Convention Centre. Semua pengunjung boleh masuk tanpa bayar tiket pun. Bolehlah ajak mama, ayah, atuk, opah, uncle, untie, cikgu sekolah & kawan-kawan beramai-ramai pergi Karnival Upin & Ipin.



Apa tunggu lagi cepat info anak buah, adik-adik & bookmark kelender ya.

Opps, kepada semua blogger ada contest Kempen Blogger anjuran Les Copaque.
Boleh klik baner karnival sebelah kanan atau 
klik sini --> Kempen Blogger : Karnival Upin & Ipin 2014 

BBL ~ betul betul betul
\( ^ヮ^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

12 Budak Suka Minum Bandung Laici