Assalamualaikum & hello there,
Cerita ni dah lama tapi baru sekarang boleh update. 1st time BBL sampai di Terminal Bersepadu Selatan ( TBS) kat Bandar Tasik Selatan untuk attend event Perfecto Cafe Visit awal bulan Disember. Agak nervous sebab dah terbiasa turun & naik bas di Hentian Putra tapi dah tutup bermula 30 November lalu.
Hebat sangat ke TBS?
Well, Terminal Bersepadu Selatan ni adalah hub pengangkutan bas ke selatan, terkini jadi gateway ke pantai timur. Terbaru korang boleh ke destinasi utara dari TBS. Sistem TBS lebih kurang sistem airport, ada balai ketibaan & balik berlepas. Tujuaanya nak selesaikan masalah gejala ulat tiket, penipuan pembelian tiket bas & kelancaran sistem pengangkutan bas experess. Senang & selamatkan
Waktu mula-mula nak sampai TBS punyalah jem sebab highway sungai besi memang jem lepas office hour. Bila dah sampai, ingat bas terus ke loading bay tapi nak ke loading bay (balai ketibaan) bas kena tawaf satu TBS baru sampai area bus stop balai ketibaan. Bila dah sampai balai ketibaan sila naik terus ke balai utama. Baguslah buat sistem macam ni.
Dari TBS ke selatan & pantai timur
Tutorial beli tiket bas di TBS ni BBL tak tahu sebab tak pernah beli direct di kaunter TBS. Setahu BBL kena tunjukkan kad pengenalan time nak beli tiket untuk rekod penumpang. Terbaru, korang boleh beli tiket bas samaada melalui kaunter tiket atau mesin layan diri. Bezanya kena sediakan duit secukupnya untuk vendine machine.
Untuk pengetahuan korang, data maklumat semasa pembelian tiket bas sangat penting sebeb bila bas dah sampai ke balai berlepas & korang tak naik lagi bas, pengumuman akan di buat supaya korang sedar bas dah sampai. Agak syok sendiri dengar announcement, "perhatian kepada cik Farah Adibah, bas anda ke Kelantan sudah berada di Gate 8. Sila ke Gate 8 dengan segera".
Untuk pengetahuan korang, data maklumat semasa pembelian tiket bas sangat penting sebeb bila bas dah sampai ke balai berlepas & korang tak naik lagi bas, pengumuman akan di buat supaya korang sedar bas dah sampai. Agak syok sendiri dengar announcement, "perhatian kepada cik Farah Adibah, bas anda ke Kelantan sudah berada di Gate 8. Sila ke Gate 8 dengan segera".
Jika korang dah beli tiket pergi balik, cuma perlu tukar tiket tu ke kaunter penukaran tiket. Just tunjuk tiket sedia ada & nanti cik abang kacak jaga kaunter akan bagi tiket baru dengan bar kod. Lepas tu baru boleh lepas gate balai berlepas.
TBS - yang best
- Soal makan jangan risau kat TBS sebab ada banyak kedai makan seperti KFC, Fuel Shack, kedai roti, 7Eleven, bazar makanan, kopitiam & bersepah lagi kedai kat food court.
- Size TBS sangat besar & aicond pun sejuk. Agak selesa nak tunggu bas & seat menunggu pun banyak di aras bawah serta atas.
- Free wifi! - ada TBShotspot satu terminal bas ini. So tak boring sangat waktu menunggu bas & menunggu mak ayah datang ambil. No password di perlukan.
- Plug untuk cas bateri secara percuma. Port pun banyak tapi siapa cepat dia dapat la.
TBS - yang tak best
- Tak ada lasgi sesi melambai-lambai. Jika sebelum ni lepas naik bas, BBL akan lambai-lambai tangan ke kawan kat tingkap bas tapi di TBS hanya penumpang dengan tiket sah sahaja boleh turun ke balai berlepas. So, lost contact di pintu balai berlepas kecuali dengan kebenaran polis bantuan. Mungkin warga emas boleh la mintak pelepasan nak teman.
- Sebelum ni jarak dari Damansara ke Hentian Putra dekat je sebeb BBL biasa naik KTM dari Kepong Sentral ke KTM Putra tapi sejak Hentian Putra dah tutup terpaksa BBL turun stesebnSalak Selatan. Agak jauh jika dari Sentul, Damansara & area KL.
Itu sahaja pengalaman BBL kat TBS. Next trip ke KL kena turun lagi TBS.
Jangan lupa baca entri - Cara nak ke TBS
BBL ~ rindu nak naik bas di hentian putra
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....