Pesta Kutip Kerang Di Dungun Terengganu

2:23 AM

Assalamualaikum & hello there,

Hujan itu rahmat

Jika minggu lepas kerang naik di pantai area Kuala Terengganu, hari ni kerang naik di Pantai Teluk Lipat area rumah BBL. Pagi tadi bila tengok fan page komuniti Dungun ada penduduk Dungun upload gambar kerang dah naik area Pantai Teluk Lipat, so terus bergegas pergi tengok.


Waktu BBL mula-mula sampai, tak ramai sangat orang cuma ada 2 3 kelompok penduduk kampung duk kutip kerang bertaburan sisir pantai. Bila tengok sorang mamat ni sekali kaut dengan jaring ikan terus dapat banyak sangat kerang, BBL terus decide balik rumah ambil jaring ikan. Nampak tak level excited tu?


Bila sampai balik kawasan pantai Teluk Lipat untuk kali ke-2, orang ramai dah ramai sangat sampai naik jem tepi jalan. Siap ada abang polis jaga area pantai - kan tak pasal-pasal ada kes lemas nanti. 

Sekarang turn BBL cari kerang. But 1st kita baca doa dulu - kan jadi apa-apa nanti. Sempat bisik kat kawan, pesan kat mak aku, sayang mak ketat-ketat. Waktu tu air belum pasang tapi ombak kuat. Agak merbahaya tapi kerang punya pasal bedal je. Lagi pun orang ramai so tak berapa bimbang keselamatan diri.


Kaut punya kaut sampai tergolek dek kena ombak BBL dapat kumpul kerang lebih kurang 3 kilo macam tu. Itu pun dah kira okay sebab orang dah ramai. So kerang pun menyorok bawah pasir. Hahaha


Lebih kurang 2 jam lebih aktiviti mendulang kerang BBL naik atas darat. Weh bimbang la air dah pasang. Ombak pun boleh tahan ganas tapi orang tetap turun sisir pantai nak kutip kerang. Biar jelah dorang, rezeki nak kutip kerang banyak-banyak.  Sepanjang 2 km tu penuh orang kampung kutip kerang. Dah macam pesta kerang. Jelly bean kejap tengok banyak betul kerang mak cik pak cik dapat.


Sekian dari saya, wartawan BBL untuk berita hari ini. Kita kembali ke studio utama

BBL ~ esok kerang ada lagi tak?
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Meriah nau.. buatpa kerang tu ?bakar ah best.. kerang bakar.. hewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kerang bakar.. senang tak payah kena rebus lama-lama haha

      Delete
  2. BBL pos lah ke mari sikit.. hikhik..
    Kerang bakar kerang rebus kerang masak apa lagi ha semua ada.. alahai terliur la pulak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dah habis pun.. tak pe nanti ada lagi bole ajak makan sama2

      Delete