Movie Review - Cinderella 2015

12:45 AM


Assalamualaikum & hello there,

BBL baru je touch down balik dari tengok Cinderella pagi tadi. Nasib baik hanya 12 orang je tengok movie Cinderella first sesi hari pembukaan hari ini dalam hall boleh muat 120 orang. Haha terasa panggung wayang kat rumah  je. 1 baris row belakang tu BBL je duduk berdua, yang lain semua pakat duduk depan. Apa komen BBL?

Disney Cinderella Trailer

Trailer dibawah dah tunjuk jalan cerita movie Cinderella. Seriuz sebijik sama & boleh agak apa terjadi.



Sinopsis Cinderella 2015

Kisah hidup bahagia Cinderella (Ella) bersama ayahnya seorang pedagang, kemudian berkahwin lagi setelah kematian tragis ibunya. Tertarik untuk sokongan perhatian bakal ibu tirinya, ayah Ella mengajak ibu tiri barunya Lady Tremaine serta putrinya Anastasia Tremaine & Drizella Tremaine ke rumah keluarganya. Tapi tidak lama kemudian ayahnya  meninggal dunia semasa berdagang, maka bermula episode  Ella didera tanpa pada belas kasihan oleh ibu & adik tirinya yang cantik tapi bodoh.

Akhirnya Ella hidup seperti seorang gadis  pembantu rumah & diganti nama menjadi Cinderella (Ella yang kotor). Walupun sering didera,  Ella tekad menghormati kata-kata ibunya sebelum meninggal yaitu agar memiliki keberanian & bersikap baik (have courage and be kind). Kemudian dia bertemu pemuda kacak & gagah di hutan bernama Mr.Kit, tapi Ella tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah putera raja & bukan seorang pegawai di Istana. 

Sejak itu Ella akhirnya merasakan nasib dirinya akan berubah selepas kejadian berjumpa jejaka itu. Ella makin gembira ketika Istana mengirimkan undangan terbuka untuk semua gadis-gadis. Ini peluang harapan Ella sekali lagi untuk berjumpa & menawan Prince Charming "Kit." Ibu tirinya menghalang dia untuk hadir & tanpa belasa perasaan merobek gaunnya milik mendiang ibu Ella. Macam biasanya, tetiba ibu pari-pari pun datang menbantu bantuan dengan magis gaun biru, kereta kuda labu yang mengubah hidup Cinderella selamanya. Akhirnya Ella menjadi permasuri & hidup bahagia bersama Putera Kit. 

Full stop. End of story

Komen BBL

Jalan cerita sangat mudah. Actually korang sendiri boleh agak jalan cerita Cinderella kan. Kisah seorang perempuan dibuli oleh mak tiri busuk hati kemudian berjumpa dengan ibu pari-pari & akhirnya berkahwin dengan putera raja. Simple je kan tapi serius tak menyesal tengok Cinderella 2015 ini. Fairy-tale habis dari awal cerita sampai habis. Happy ending movie.

Pilih mid nite atau night show

Oh BBL rasa tak nak balik rumah lepas habis Cinderella. Bukan cerita bosan tapi Cinderella ibarat bad time story, banyak sangat imiginasi sampai rasa bermimpi. Bayangkan jika korang tengok Cinderella waktu malam, confirm boleh tertidur dalam kereta nanti waktu otw balik rumah. Lebih kurang macam Maleficent, cerita simple tapi ohsome.

Sila bawa anak atau adik bersama-sama.

Cuti sekolah dah bermula kan, so its best way bawak budak-budak tengok Cinderella. Sure bertambah-tambah berengan nak jadi Cinderella nanti. Oh jangan lupa kawal budak-budak sebab dorang lebih excited sampai boleh jadi bising menjerit-jerit.

Kostium pelakon & background super cool

BBL tak ingat bila kali terakhir tengok movie old english style. Disney kali ini sangat hebat dari segi fesyen kostium, background istana & hiasan rumah Ella. Budak diploma fesyen mesti suka tengok. Baju mak tiri Ella paling tip top walaupun dia jahat. Adik tiri Ella pun cantik terutama si Anastasia . Paling win baju magik Cinderella warna biru tu, confirm boleh jadi dress kawin nanti. Hahaha. Si mak cik pari-pari pun cantik dress putih tapi sayang muncul kejap je. I wish mak cik pari-pari tu berlakon lama sikit dalam Cinderella akan datang sebab dia agak kelakar. 



Rating BBL 



BBL ~ Kena tengok sekali lagi waktu malam
o\( ̄ρ ̄)/o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Macam nak tengok je selepas baca review dari BBL!

    ReplyDelete
  2. memang dah plan nak bawa anak pegi tengok ni.. ^_^

    ReplyDelete
  3. dengar kata sebelum movie ni ada short filem frozen fever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada intro Frozen Fever, boleh buat ubat rindu movie Frozen

      Delete
  4. kingsman pun x tgk lg.. dh buat review cenderella hmmmm ..ekekeee

    ReplyDelete