Movie Review - Kingsman : The Secret Services

3:56 AM


Assalamualaikum & hello there,

Semalam baru BBL sempat tengok movie Kingsman : The Secret Services. Actually BBL dah aim nak tengok movie ni lepas tengok trailer waktu tonton The Hunger Gamers : Mockingjay Part 1 tahun lepas. Punyalah sibuk cari kerja kosong terlupa nak tengok Kingsman pada minggu pertama keluar panggung. Nasib baik ramai blogger update entri review Kingsman, sejuk sikit hati tapi tak sabar nak tengok jugak. Ramai bagi 4 bintang untuk movie Kingsman ni.


Trailer Kingsman : The Secret Services



Lepas tengok trailer ni terasa nak melompat tengok cepat-cepat. Trailer Kingsman yang lain tak sekuat aura trailer ni. 


Sinopsis Kingsman : The Secret Services


Filem yang diadaptasi dari komik karya Mark Millar, "Kingsman: The Secret Service" mengisahkan tentang agen rahsia, Harry, yang memilih Eggsy untuk dilatih menjadi agen rahsia di Kingsman. Eggsy ni anak kepada rakan egen rahsia Kingsman, terkorban ketika operasi Kingsman di Negara Timur. 

Kemudian seorang ejen Kingsman telah mati waktu misi menyelamat Professor Arnold. Sebagai ganti Arthur (ketua agen Kingsman) nak setiap ahli Kingsman bawa calon sebagai pelapis Kingsman yang baru. Kat sini start misi latihan menjadi Kingsman.

Sikap Eggsy mula berubah setelah menjalani program latihan sebagai agen rahsia di 'Kingsman'. Pada masa itu,Kingsman berhadapan dengan musuh yang sangat merbahaya dan sangat pakar dalam bidang teknologi, Richmond Valentine. Valentine mempunyai rancangan jahat untuk membunuh semua manusia di seluruh dunia dengan memberi simkad percuma. Simkad percuma dengan internet percuma + percuma panggilan + untuk selama-lamanya. Siapa tak excited nak beratur kan? - kredit dari sayaiday.blogspot.com 

Komen BBL 


- Wajib tonton berulang kali - 
Kembar Eggsy di Malaysia

Sekali pandang Eggsy ni ada iras Zain Saidin waktu latihan Kingsman. Oh mungkin mata BBL je rasa macam tu. Abaikan... ^-^


Serius terlajak ganas & ngeri

Setuju dengan BBL naik bulu roma bila scene Gazelle bunuh agen Kingsman di ski resort dalam misi menyelamat Professor Arnold. Sama jugak scene pembunuhan beramai-ramai dalam gereja di Kentucky - kesan gelombang simkad percuma dari Valentine. 

Serius santai & teruja nak jadi Kingsman

Movie Kingsman sangat strait to point mencari pelapis Kingsman untuk misi Valentine. Bermula dari Harry membebaskan Eggsy atas kesalahan melanggar kereta polis, itu scene favorite BBL. Scene Eggsy masuk dalam bilik rahsia 'aksesori gajet' Kingsman pun excited tengok. Paling win babak akhir Eggsy menyamar untuk masuk ke markas Valentine. 

Serius lawak 

Babak paling kelakar bila kali pertama Harry bawa Eggsy masuk ke 'lif' rahsia butik tailor Kingsman untuk ke subway bawah tanah. Tak tahan melopong mulut waktu lif tu turun.

Serius nak beli payung Kingsman

Oh BBL sangat perlukan payung Kingsman tu. Kain payung kalis peluru & lut sinar. Ada snapper hujung. Paling penting boleh guna waktu hujan.



Rating BBL 



BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. nice...mmg syiok cite ni, ak nak tguk wayang tapi x sempat..busy manjang..penyudahnya tenguk online jelahh...jadilah dr xtenguk kan..hehe

    ReplyDelete
  2. hang baru tengok ke? dah lama start ni. hehe. memang best movie ni

    http://www.adarain.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tengok Kingsman dah lama aim tapi busy tak sempat nak tengok

      Delete
  3. dah best citernye, hensem plak tu tuh. k lily nak pi tengok lagi sekali nanti lah

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL