#TheNextGalaxy : Samsung S6 & S6 Edge

2:16 PM

Assalamualaikum & hello there,

#MWC2015 menyaksikan satu evolusi terbaru Galaxy S6 & S6 Edge. Jika Samsung Note 4 Edge hanya melengkung sebelah kanan, S6 Edge mempunyai 2 sisi melengkung kiri & kanan. 



Spefikasi S6 & S6 Edge


  • Skrin 5.1″ SAMOLED dengan resolusi QHD (577 PPI)
  • pemproses Exynos lapan teras (2.1 GHz + 1.5 GHz)
  • RAM 3 GB
  • Internal memori 32, 64 serta 128 Gigabyte
  • Tiada sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD
  • Sistem operasi Android Lollipop
  • kamera utama sebesar 16 Megapixel
  • Kamera hadapan pula ialah sebesar 5 Megapixel
  • Bateri tidak boleh ditanggalkan (sama sepergi A7 & iPhone)
  • Bateri S6 Edge 2600 mAh berbanding 2550 mAh pada S6
  • panel belakang yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 4
  • Boleh dicas dengan pengecas biasa atau tanpa wayar dengan pengecas wayar sedia ada dalam pasaran termasuk pengecas tanpa wayar berbentuk piring terbaru dari Samsung

Revolusi S6 Edge

Kedua belah kiri & kanan S6 Edge melengkung. Skrin kedua belah boleh digunakan dengan baik walaupun korang kidal. Menarik kan. Fungsi skrin sisi kini terhad kepada People Edge. Ia membenarkan korang meletakkan 5 pintasan pantas untuk 5 nombor individu pilihan. Setiap individu akan diberikan kod warna tersendiri. Apabila panggilan diterima skrin sisi akan menyala mengikut warna yang korang telah tetapkan. Contohnya biru untuk emak, putih untuk ayah, kuning untuk suami atau hijau untuk bos. Maklumat serta berita mutakhir juga boleh dipaparkan pada skrin sisi.

Lebih cepat cas bateri penuh 

Berita baik untuk bakal pemilik S6 & S6 Edge kerana kedua-dua telefon mempunyai sokongan pengecas pantas. Kedua peranti boleh dicas sehingga penuh dalam masa 10 minit sahaja. Laju benor cas penuh. S6 & S6 Edge hadir dengan 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, emas dan hijau zamrud. 

Harga S6 & S6 Edge

Kemungkin harga S6 sekitar  RM 2,399 & S6 Edge RM 2, 999 sama seperti Samsung Note 4 Edge atau mungkin sedikit mahal selepas pelaksanaan GST bermula 1 April ini. Menurut wakil Samsung Malaysia, kemungkin S6 & S6 Edge akan berada dalam pasaran Malaysia seawal April ini selang seminggu selepas pelancaran jualan peringkat global. 

Video S6 Edge di #MWC2015



Episode copy & paste

Nampaknya isu paten akan mencari sasaran Apple untuk saman Samsung nanti. Tengok saja design bahagian bawah S6 Edge seakan-akan design iPhone 6 kan.



BBL ~ cantik menarik kau memang havoc S6
o\( ̄ρ ̄)/o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Rupa dah nampak macam iphone pula tapi cantik la! Slim and sexy.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Telefon Samsung banyak pilihan, boleh beli ikut bajet poket

      Delete
  3. hanya sebuah mimpi ingin hp samsung s6 ini :(

    ReplyDelete
  4. wah bestnya fast charging!color pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fast charging tu paling menarik.. sesuai untuk blogger selalu cepat habis bateri

      Delete
  5. MENARIK!!, tapi aku tunggu note 5. feveret note phone from samsung. haha

    ReplyDelete
  6. benci betul nak kejar2 teknologi ni. Hahahah. kejap je ni, nanti ada la produk samsung baru kuar. hehehe. tapi berkenan betu samsung s6 edge tu.. eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenan jugak tengok S6 Edge tu. Harga pun boleh tahan nanti

      Delete