#MovieReview : Hunger Games :Mockingjay Part 2 Game Over

2:03 AM


Assalamualaikum & hello there,

Nampaknya hujung tahun 2015 sangat meriah dengan movie yang sangat dinantikan oleh peminat blockbuster movie. The Maze Runner pun dah masuk Part 2, itu pun tergantung. Bulan November paling ditunggu kerana Hunger Games Part 2 akan menemui peminat setia Katniss Everdeen selepas Part 1 pada November tahun lepas. Fuh setahun nak tunggu ending Hunger Games. BBL sendiri dah follow up setiap franchise Hunger Games bermula Hunger Games pertama hingga terbaru Mockingjay Part 2. Jika korang nak refresh balik memori apa berlaku dalam Mockingjay Part 1 boleh refer entri ini - #MoveieReview The Hunger Games: Monkingjay Part 1


Trailer Hunger Games :Mockingjay Part 2



Sinopsis Hunger Games :Mockingjay Part 2

Movie berdurasi 2 jam 17 minit bersambung dengan skeuel episode Katniss bertemu kembali Peeta selepas operasi menyelamat Peete, Johanna & Finnick dari Capitol. Harapan ikon Mockingjay untuk mendakap Peete bertukar menjadi mimpi ngeri kerana Peete secara tiba-tiba mencekik leher Katniss menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa.


Kejadian itu bertambah misteri bagi Katniss kerana Peete begitu membenci dirinya - mungkin psikologi Presiden Snow menyebabkan Peeta bertukar menjadi marah apabila ternampak muka Katniss. Berang dengan apa terjadi pasa Peeta akhirnya Katniss nekad mahu membunuh Presiden Snow bagi menamatkan semua permainan Hunger Games.

Boggs, Gale, Pollux, Castor, Finnick, Cressida & berapa krew lain sepakat mahu menyertai Katniss dalam misi membunuh Presiden Snow atas alasan arahan dari  President Alma Coin tetapi sebenarnya cuma helah Katniss mahu membalas dendam atas nama 'jenayah Hunger Games'. Bukan tugas mudah untuk Katniss mengatur strategi menyatukan seluruh District bagi mengusai Penam kerana Capitol sekali lagi mengistiharkan 'Hunger Games' kepada pasukan pemberontak yang mana mereka harus melepasi halangan termasuk diburu oleh Peacemaker, periuk api di kawasan Capitol & serangan mutan bawah tanah untuk ke pusat Capitol.

Akhirnya Katniss berjaya memasuki District Capitol & bertemu sendiri Presiden Snow tetapi berlaku sedikit konflik tentang persengketaan antara Presiden Snow & Katniss adalah rancangan President Alma Coin demi merampas tahta President Penam. Klimaks movie ini Presiden Snow berjaya di tangkap & akan dihukum bunuh atas kesalahan membunuh penduduk District lain. Semasa mesyuarat President Alma Coin bersama Katniss, Peeta, Flickerman, Beetee mengundi proposal mengadakan Hunger Games khas untuk penduduk Capitol sebagai balas dendam & mahu mereka merasai keperitan berada dalam game tersebut. Katniss menyokong cadangan President Alma Coin tetapi dia mahu menjatuhkan hukuman bunuh dengan anak panahnya.


Sewaktu proses menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Presiden Snow, President Alma Coin telah melaungkan kata-kata semangan kepada Katniss tentang kejayaaan menjatuhkan Presiden Snow & mahu Katniss membuat keputusan tepat sebelum memanah Presiden Snow. Akan tetapi President Alma Coin silap kerana Katniss sebenarnya menyasarkan anak panah kepada President Alma Coin menyebabkan dia mati terkena panahan Katniss & seluruh penduduk District lain menyerbu Presiden Snow & membunuhnya sebagai membalas dendam apa yang Presiden Snow telah lakukan terhadap kampung halaman mereka.


Penghujung cerita akhirnya Komander Paylor di pilih sebagai Presiden Panem baru. Manakala Haymicth membawa Katniss pulang kembali ke rumah asalnya. Satu kejutan telah berlaku semasa Katniss baru pulang dari memburu itik liar apabila Peeta sedang menaman pokok Primrose di depan rumah Katniss. Bertambah romantik lagi Peete bertanya kembali sama ada Katniss benar-benar menyintainya atau tidak.

End of story Katniss & Peeta berkahwin maka lahirnya dua orang anak comel menjadi saksi cinta abadi Peeta kepada Mockingjay.


- Tamat -

Komen BBL

1. Penamat yang tidak disangka-sangka - Katniss & Peeta berkahwin

Well rasa macam sambungan drama bila starting Mockingjay Part 2. Setahun BBL tunggu apa kesudahan Hunger Games & ternyata happy ending ever after sangat tengok Katniss mendukung bayi sambil memerhati Peeta bermain dengan anak sulung.  Agak sweet tetapi sekali imbas muka Peeta ada iras suami Che Ta - Zain Zaidin. Maybe

2. Pening kepala la

Agak pening kepala apabila scene Presiden Snow bertemu dengan Katniss dalam rumah hijau milik kerajaan Capitol. Presiden Snow mengataikan semua keganasan berlaku di Capitol adalah rancangan jahat President Alma Coin yang mahu membolot jawatan sebagai Presiden Panem. Tapi dalam masa sama BBL ada perasan, The Games Maker - Plutarch bercakap bersama President Alma Coin mengenai planning games tersebut.


3. Jalan cerita mendatar di hujung

Permulaan movie sangat best bila Katniss mahu ke Capitol demi membalas dendam pada Presiden Snow - tambah lagi adegan menakutkan & mendebarkan semasa memasuki Capitol. Siap terjerit orang seat depan. Tak menyesal tengok sambungan Part 2 ni. 


4. Konflik cinta tiga segi

Dalam Mockingjay Part 2 Katniss berdepan konflik percintaan apabila orang tersayang Peeta, telah berubah personaliti & menganggap Katniss Everdeen sebagai musuh. Selain kekasih lamanya, Gale masih menaruh harapan kepada Mockingjay untuk kembali seperti dalam Hunger Games pertama.



Bintang BBL



Oh jika korang menonton Hunger Games di pawagan TGV Cinemas jangan lupa dapatkan edisi terhad tumbler Hunger Games :Mockingjay Part 2 dengan harga RM 19.90 + pop corn.


Rasanya korang kena tengok sendiri penutup Mockingjay ini walaupun tak berpuas hati sangat tetapi overall terungkai misteri Hunger Games. Paling win akhirnya Presiden Snow mati. Tu lah jadi sangat jahat.



BBL ~ Next is Star Wars
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. tak pernah layan pun mockingjay nie wakaka

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat org sebelah je jerit, i pn terjerit jugak hiks .. ��

    ReplyDelete
  3. Pada awalnyaa memang mengejutkan..hahahaha

    ReplyDelete
  4. jalan cerita penutup sekali ni agaknya penulis sedang buat apa yaaa? sebab nampak sangat penutup seperti tidak tentu arah atau pengarah filem yang sudah tidak sabar-sabar mahu keluarkan filem kedua ini. jadi banyak asal jalan cerita dalam novel di buang...

    ReplyDelete