Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, January 31, 2015

Terima Kasih Nuffnang Untuk #NNFeatureFriday

Assalamualaikum & hello there,


"Tak pernah terfikir boleh sampai tahap ini"

Eh, aku ke tu? Tergelak kecil dalam hati. Makin jauh eh kau hanyut dengan Nuffnang ye. Alhamdulilah rezeki hari Jumaat, 30 Januari lalu BBL terpilih sebagai #NNFeatureFriday 2015. Terima kasih sangat-sangat Jack Saw, sayang hang ketat-ketat. 


Dulu terasa syok baca entri blogger pergi event sana sini, snap gambar dengan Nuffies & menang bermacam hadiah. Sekarang ni, terima kasih sebanyak lori 13 tayar ye Nisa Kay. Yes, betul kata NK kalu rajin usaha, semua akan datang. Rasa nak tergelak kejap tengok muka sendiri dalam page Nuffnang. Hari tu terjelly bean kejap dengan Mek Onie, Ayue Idris & Mahamahu jadi #NNfeatureFridaytapi kali ini turn diri sendiri.

Nak jugak macam BBL! Please ajar

Oh senang je, join je semua event under Nuffnang. Tut tut akan datang semua benda yang korang tak sangka-sangka sangat terutama selfie dengan famous blogger seperti Kisah Tatie , Nadia & Iday tu. 1st event BBL pergi waktu Nuffnang Birthday Bash 7th bulan Mac tahun lepas. Selepas tu jangan lupa, ucap Alhamdulilah kat Allah SWT & jangan dengki sebab korang pun boleh buat cuma 'time' tu belum sampai lagi. Cuba eh.

Okay terima kasih awak, awak, awak sudi singgah blog ni. Terima kasih sangat untuk 4 tahun ini. Terima kasih ;)

BBL ~ iamhappyboy
✌(◕‿-)✌

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, January 30, 2015

Pulse Label Launch Di Heli Langue, KL


Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL ke majlis pelancaran Pulse Label di Heli Langue, Menara KH. Acara tu di hadiri ramai selebriti tempatan & media termasuk blogger. Paling havoc, event ini di kenali sebagai "Malaysia's Biggest Record Label Launch". Tahniah PulseSoundworks dengan kejayaan menjadi Malaysian  independent Record Label & pengenalan album kompilasi pertama yang dibarisi oleh penyanyi tempatan seperti  Armon, Psytrus, R2Rick, Candy Hard, Endleaves dan Hameer Zawawi. Yeay!


Penaja untuk acara tersebut ialah syarikat Telekomunikasi terbaru Malaysia- YS Mobile yang menaja acara di dalam menyokong mewujudkan peluang kepada artis-artis baru yang bercita-cita untuk mengembangkan dan memupuk kerjaya muzik mereka.

Menurut Pulse Ketua Pemasaran - Ricky Rick, Pulse ingin menonjol dalam sistem Pengedaran Digital untuk  menjadi sangat mesra pengguna, membolehkan kerjasama rentas antara semua artis Malaysia untuk mempunyai bahan mereka secara digital diedarkan dan dijual di seluruh dunia. Target Pulse Soundworks untuk menjual lagu secara online la.


Ini Madan Theertha Pathy, CEO Pulse Soundworks. Masih muda tapi bercita-cita besar. 


Penutupnya, kami dapat menyaksikan live performance dari artis Pulse Soundworks Record


Video semasa majlis pelancaran Pulse Soundworks Record


Ini video artis di bawah label Pulse Soundwoks

PSYTRUS - KL CITY LIGHTS


ARMON & HARD CANDY - SILENCE IS A MINDSET


 

Jangan lupa subcribe Pulse Soundworks di Youtube ya.

Maklumat lanjut sila layari | Youtube | Pulsesoundworks.com | Facebook


BBL ~ Tahniah Pulse SoundWorks
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, January 29, 2015

Tutorial Tingkatkan Earning Dengan Blogbuster Nuffnang

Assalamualaikum & hello there,

Kempen blogbuster Nuffnang 2014 - Maybank Transact & Win dah tamat & earning BBL untuk kempen pertama blogbuster ialah RM 295.50. Alhamdulilah cukup banyak dari kempen CPUV biasa dapat tu. Boleh rujuk entri ini - SINI 

Submit 3 video kempen

Oh ya, ini kempen blogbuster pertama BBL join. Tahun 2012 dah pertama sekali kempen blogbuster VW - Blue tapi BBL tak buat sebab tak tahu apa tu kempen blogbuster. Habis burn macam tu je kempen. T.T . Kali ini BBL ada submit 3 video, harapan nak sangat semua video tu di terima tapi sedih 2 video kena reject. Nasib baik video last minute upload, Nuffies terima sebagai video blogbuster. Yeay! Rasanya korang tengok kan, bagi yang sempat tengok bulan lepas.




Dan ini 2 video di reject oleh Nuffnang. Adoi fail.




Cara nak maximunkan earning kempen blogbuster

Pemilihan tempat nak letak video ads SANGAT.. ulang SANGAT penting. Jangan jadi seperti BBL submit video di bahagian Large Rectangle. Akibatnya, pembaca blog tak tengok video kempen sebab video tu ada kat bahagian bawah sekali. Sapalah rajin sangat nak scroll sampai bawah kan. Fuh sadeh betul.



Port terbaik letak video kempen blogbuster

Next time, BBL akan submit video di bahagian Leaderboard atau Skyscraper sahaja. Tahniah korang yang submit video bahagian hit di atas. Sebabnya, bila video tu submit di bahagian Leaderboard, setiap pembaca yang buka blog, dorang akan secara automatiknya tengok video blogbuster terlebih dahulu sebelum scroll bahagian bawah. Ini contohnya video kempen di Leaderboard & Skycraper.




Setuju tak korang akan tertengok jugak video blogbuster? Begitu jugak video blogbuster di tengah entri. Pun boleh tapi nasihat BBL JANGAN LETAK sebab kadang-kadang je video tu akan keluar di tengah entri.




Tips tarik ramai views ke blog

Bila kempen blogbuster dah start, seeloknya korang maximunkan jumlah pageview setiap hari kerana setiap video di tonton oleh pembaca, korang ada dapat RM 0.50. Ini tips BBL buat time kempen blogbuster tempoh hari.

1. Buat giveaway / contest / pencarian bloglist / jadi sponsor giveaway
2. Rajin-rajin singgah blog lain & tinggalkan komen
3. Pin setiap entri di Facebook, Google plus, fan page & portal blogger
4. Update entri setiap hari sepanjang tempoh kempen
5. Sertai giveaway / contest / bloglist - sekurangnya ada views dari peserta giveaway ke blog.

BBL ~ Terima kasih korang yang tengok video tu
✌(-‿-)✌

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, January 27, 2015

Wordless Wednesday #47 - Kena Tahu

Assalamualaikum & hello there,

Selamat hari Rabu, eh rasa macam baru semalam upload entri WW #46. Cepat betul masa bergerak. Oh, ya apa cerita hari Rabu korang?



Jawapan penuh - kat sini 
BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, January 26, 2015

Party of The Century, Damansara Perdana Super Gemilang

Assalamualaikum & hello there,



Tahniah Mammoth Empire Group dengan kejayaan menganjurkan majlis malam gilang gemilang Party of The Century dengan tema trowback tahun 1920. Dengan lebih 6,000 tetamu seperti tokoh koprat (dari China, Singapura, Taiwan, Hongkong, Indonesia), selebriti Malaysia (Jacklyn Victor, Adi Putra), youtubers, bloggers, model, dj radio & ramai lagi tetamu istimewa. Sangat teruja & paling hapening bila dapat berjumpa 50 blogger lain. Offcourse event malam tu jadi makin hangit dengan kamera kami. Terima kasih Sidney untuk kad jemputan VVIP Gold Pass untuk BBL. 

Dewan gemilang Empire City Damansara Perdana

Dewan Empire City ini bersaiz kolam renang olimpik sangat besar dengan hall setinggi 3 tingkat menjanjikan real suasana era 1920. Lengkap dengan sistem pencahayaan & audio semestinya menjadikan  dewan ini nampak gah dengan tema hitam & emas.


Blogger era 1920

Tema 1920 agak mencabar buat blogger wanita nak cari dress muslimah era awal tahun 1920 tapi itu bukan masalah buat kami. Tak percaya, lets check out blogger on red carpet. Custome BBL ditaja oleh Centre Stage Sri Rampai & rambut - bikin sendiri. Hahaha

  
Blogger lain pun hebat jugak. Dah ramai-ramai meriah jadinya.


Persembahan memukau penonton

Pembukaan pentas Party of The Century oleh band K-pop, 2AM paling ditunggu-tunggu. Girls & ladies semua menjerit waktu JoKwon,Seulong, Changmin & Jinwoon naik ke pentas. Rasa terpukau kejap tengok persembahan 2AM, nasib baik tak ada aksi peluk team 2AM.


Persembahan live 2AM - You Wouldn't Answer My Calls - ada call BBL eh?



                                                Live 2AM - Even If I Die Can't Let You Go



Kemudian Mark Vincent’s – Juara Australia Got Tallent menghangkatkan pentas dengan lagu Beyonce - Halo & Celina ft Andrea Bocelli - The Prayer. Suara Mark sangat meremang bulu roma & vokal sangat terbaik malam tu. 


Mark Vincent - You Raised Me Up



Semestinya kedatangan Paris Hilton sebagai DJ malam Party of The Century mencuri tumpuan semua hadirin. Semua angkat smartphone nak rakam video & gambar Paris Hilton. Ada bakat jugak si Paris jadi DJ club & dia sangat comel. 


Paris Hilton Live Show - Nothing In This World


Tak cukup dengan itu, Taboo merancakkan suasana dengan lagu 'I Gotta Felling' & lagu hitnya zaman BEP. Bunyi bass paling best sampai seluar BBL boleh gerak-gerak ikut bass. 


Video Taboo - 'I Gotta Felling'



Penghujung majlis, DJ Ken menguasai pentas sebagai penutup tirai Party of The Century. Habis bergegar hall Empire City dek sound effect. Yeah balik pun dengan muka tersenyum-senyum.



Oh lupa nak cerita, siapa yang jadi partner ke majlis ni. Terima kasih Sallysamsaiman datang teman BBL jauh-jauh dari sudut alam ke Damasara Perdana. Tak sangka dapat tambah lagi koleksi selfie dengan blogger. 




Untuk maklumat lanjut mengenai Empire City : Website | Facebook | Instagram
BBL ~ Tempat lepak baru di Empire City
o\( ̄ρ ̄)/o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Istikarah Cinta Episode 20 / 21 / 22 / 23


Istikarah Cinta Episode 20

26 Januari 2015



_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 21

27 Januari 2015


_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 22

28 Januari 2015


_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 23

29 Januari 2015

Tolong klik sekali - Kisah Oh lelaki




_____________________________________________________

 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Istikarah untuk update terkini mengenai 
drama Istikarah Cinta

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, January 20, 2015

Wordless Wednesday #46 - Kena Tahu

Assalamualaikum & hello there,

Selamat hari Rabu blogger. Simple je entri nak update hari ini. 


Boleh rujuk entri ini - Jawapannya

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, January 19, 2015

Tonton Online - Istikarah Cinta Episode 16 / 17 / 18 / 19


Istikarah Cinta Episode 16

19 Januari 2015


_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 17

20 Januari 2015


_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 18

21 Januari 2015


_____________________________________________________

Istikarah Cinta Episode 19

22 Januari 2015



_____________________________________________________

 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Istikarah untuk update terkini mengenai 
drama Istikarah Cinta

Tolong klik sekali -  Mesti amik tahu pasal ni


BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, January 18, 2015

Gambar Perodua Myvi Terbaru 2015

Assalamualaikum & hello there,



Baru semalam BBL sempat ke showroom Perodua nak tengok Myvi terbaru 2015. Nak tengok jugak buah tangan terbaru dari Perodua selepas Axia tahun lepas. Kereta Myvi ni dah jadi ikon Perodua sejak dari first edition zaman BBL sekolah menengah, tak silap tahun 2007 sampai hari ni ramai lagi orang berminat nak beli Myvi. Hebat betul power Myvi ni. 

Warna 

Electric Blue (metalik) - Myvi 1.5 L sahaja


Cosmic Gold (metalik) - Myvi 1.3 L sahaja



Ozzy Orange (metalik)


Mystical Purple (metalik)


Glitering Silver (metalik)


Ivory White (Solid) 



*dalam website warna putih & silver nampak lebih kurang sama :p

Harga

1.3 Standard G - Manual          
- RM 41, 500.00 (solid)
-RM 41, 900.00 (metalik)

1.3 Standard G - Automatik
- RM 44, 500.00 (solid)
-  RM 44, 900.00 (metalik)

1.3 Premium X - Automatik    
- RM 47, 500.00 (solid)
- RM 47, 900.00 (metalik)

1.5 Special Edition - Manual   
- RM 50, 500.00 (solid)
- RM 50, 900.00 (metalik)

1.5 Special Edition- Automatik 
- RM 53, 500.00 (solid)
- RM 53, 900.00 (metalik)

1.5 Advance Edition- Automatik 
 - RM 58, 500.00 (solid)
 -  RM 58, 90.00 (metalik)

Update 7 Januari 2015

Komen BBL 

Ni abang kepada Axia. Hahaha Mungkin sebab bumper depan & projector headlamps lebih kurang sama design seperti Axia cuma lampu brek belakang je masih sama. Myvi 2015 ni new freshner untuk previous Myvi 2013. Apa pun Myvi tetap nampak sporty untuk model Advance Edition cuma kena tukar sport ring lain & tambah 'skirt' sikit. Ha, sila sediakan duit untuk bayar muka okay. 



Maklumat lanjut sila layari http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi/overview/intro atau tekan button LIKE fanpage www.facebook.com/myperodua 

BBL ~ oh myvi awak kat mana, awak kat mana
[^.U]

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Earning Kempen Blogbuster Nuffnang - Maybank Transact & Win 2014

Assalamualaikum & hello there,


Yeay, earning kempen blogbuster Nuffnang 2014 - Maybank Transact & Win dah credit. Kempen ni start 18 Dec 2014 hingga 11 Jan 2015. Walaupun ini kempen blogbuster pertama BBL tapi hasil earning boleh tahan banyak, syukur Alhamdulilah. Terima kasih korang sebab sudi tengok video iklan BBL yang ntah apa-apa. Video tu pun video terakhir BBL submit, nasib baik Nuffnang terima video tu. 


Nak tengok video lain yang BBL submit? Kena tunggu next entri sebab BBL akan keluarkan satu entri khas cara nak maximumkan earning dengan kempen blogbuster ni. Untuk korang yang tak sempat tengok video tu, nanti BBL akan upload jugak video kempen blogbuster tu.
BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...