Lelaki Suka Minum Kopi Daripada Minum Susu

7:02 PM

Assalamualaikum & hello there,

Sebut je coffee memang laju je angkat tangan request order. Tambah bila ada orang belanja coffee mermaid hijau tu. Sebut pasal kopi dan lelaki tiada terpisah, makin berusia umur makin kerap seorang lelaki minum kopi terutama campuran raja segala herba untuk tenaga dalaman. Betul tak..kekadang BBL terfikir apa yang membuatkan sang lelaki lebih dekat dengan kopi. Even saya sendiri mudah tergoda dengan fresh brew coffee. Belum sebut lagi menu kopi tarik kaw, kopi ais, kopi kurang manis hinggalah 2 shoot coffee kan.


Kenapa lelaki suka minum kopi
Sebab 1 - Semestinya nak stay back tak mengantuk sampai pukul 3 4 pagi tonton game bola! Sebab 2 - Cuma koyak sachet, tuang dalam gelas & campur dengan air suam/panas terus siap. Betul tak...
Sebab 3 - Boleh menambahkan tenaga batin 
Sebab 4 - Menyegarkan badan serta minda pada waktu pagi 
bla.. bla.. bla..

Kenapa Pula Lelaki tak suka minum susu 
Sebab 1 - Lelaki dewasa fikir susu cuma untuk kanak-kanak/bayi sahaja 
Sebab 2 - Rasa sakit perut/perut memulas
Sebab 3 - Mudah mengantuk selepas minum susu 
Sebab 4 - Malu nak minum susu
dan seterusnya. 

Sebut susu saja mesti lelaki tak suka, tak kisah minum susu tepung, susu lembu, susu kambing. Tak kisah sedut dari kotak atau serve dalam cawan.

Tahu tak korang sebenarnya susu kambing lebih banyak khasiat compare susu lembu yang biasa kita tengok dalam iklan tv tu. Agak susah nak jumpa susu kambing melainkan beli dengan tokey kambing. Dulu tok wan BBL pernah beli susu kambing direct dari uncle india yang bawa motor siap tangki susu kat belakang tu. Order je susu kambing mesti esoknya uncle tu bawa. 

- Kebaikkan susu kambing -


Sebenarnya lelaki tak suka minum susu kerana kurang pendedahan tentang kebaikkan susu kambing. Nabi Muhamad S.A.W sendiri minum segelas susu kambing panas sebelum tidur. Bahkan baginda pernah mengembala kambing peliharaan bapa saudaranya semasa kecil. Lagi satu, setiap sunnah Nabi yang kita buat akan mendapat ganjaran pahala kan.

Tahukah anda bahawa susu kambing lagi banyak khasiat kepada sistem badan terutama orang dewasa seperti kaum lelaki? Tak percaya cuba baca lagi..

1. Menguatkan tulang 
- Setiap susu ada kandungan kalsium yang tinggi, termasuk susu kambing. Walaupun susu kambing hanya 2% dari jumlah susu yang dihasilkan dari seluruh dunia, susu kambing membekalkan kadar kalsium sama seperti susu lembu tanpa kesan sampingan.

Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang sentiasa kuat sepanjang hayat. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan mudah mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh. Tak lah tulang badan cepat bengkok bila tua nanti.

2. Anti-Radang
Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.

Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien
- Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.

Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.
Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.

4. Tingkatkan Metabolisma Badan
- Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak. Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

5. Kesihatan Jantung
- Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing.

Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain. Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
- Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.
Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Mencepatkan Pertumbuhan
- Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.

Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.

8. Mengurangkan Berat Badan
- Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.
Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan manusia.

Ok disebabkan lelaki tak suka minum susu kambing walaupun dah tahu lepas baca kebaikkan minum susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu, lazz susu kambing formulasi kan rasa susu kambing bersama rasa kopi.

-Pengalaman Minum Lazzcafe -

Sebut je susu kambing mesti terbayang bau hamis bila minum susu kambing kan. Samalah seperti BBL rasa was-was nak mencuba Lazzcafe buat pertama kali. 

Namun bila dah minum seteguk rasa hairan kenapa tiada bau hamis walaupun air kopi tersebut campuran susu kambing asli & kurma. Ini sesuatu yang unik & sesuai untuk mereka yang inginkan khasiat susu kambing tetapi tidak mahu pengalaman bau hamis susu tersebut. Tidak setakat tu, khasiat kurma juga ada dalam minuman Lazzcafe.


BBL ada acah housemate suruh minum kopi Lazzcafe, mulanya dia tak nak tapi bila biarkan kopi tu sebelah meja laptop dia. Dalam senyap-senyap minum jugak sampai habis. Esoknya si housemate tanya kopi semalam brand apa. Terus terang beritahu itu adalah kopi Lazzcafe campuran susu kambing asli & kurma. Dia terkejut sebab tak perasan bau hamis susu kambing cuma bau kopi sepenuhnya waktu hirup air tu. Magis kan..


- Cara Nak Beli -

Harga Lazzcafe cuma RM 45.90 (RM 50.90 SS) - Setiap kotak Lazzcafe ada 25gram x 20 sachet


Mudah saja nak order Lazzcafe ni. Ikut cara bawah ni

Cara Pertama 
Buat pembelian melalui laman web www.lazzsusukambing.com ini. Nanti depa hantar delivery ke rumah.

Cara Kedua
Call terus 013 308 3354 untuk buat tempahan Lazzcafe

Jadi mudah sangat untuk anda letak sachet Lazzcafe dalam laci office atau balang kabinet dapur. Senang nanti nak buat kopi..


Untuk sample dan konsultasi percuma serta pertanyaan bagi pengedar/outlet boleh hubungi talian hotline Lazz Careline 013-3083354 untuk consultasi secara percuma.

Maklumat terkini promo – facebookinstagram & website Lazz Susu Kambing Asli


BBL ~ saya suka..saya suka
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Tak berapa gemar dengan kopi..dulu ya tapi makin lama makin tak berapa suka hehe

    ReplyDelete
  2. Kopi dengan susu dan sejuk...
    Minum pula berjemaah..Memang layan lah..

    AM minum juga susu kalau isteri belikan..kekadang AM yang banyak minum dari isteri..
    Sejarah AM pernah kena gastrik dan susu lah ubat paling mujarab..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. Saya suka lagi tea daripada coffee..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete