4 Hari Tak Update Entri

1:10 AM

HANGAT!  Jangan pernah miss tengok movie terbaru
HANGAT!  ~ Perhatian kepada bakal lepasan SPM
HANGAT!  Makin kecik jadi makin comel la

Assalamulaikum, BBL baru je sampai rumah dari KL semalam. 
Fuh penat kaki tangan segala angkat barang pagi tadi. Maaf sebab tak update entri sebab lupa bawa lappy jadi BBL banyak blogwalking ke blog kawan-kawan dengan telefon.
Ringkasnya entri ni pasal

1. Office 20sen
Untuk tuntut  tiket Konsert Ke$ha maka BBL kena pickup sendiri di pejabat SAYS.MY.
Nak cari pun tak susah sebab search keywork 1 Tech Park kat Google Map & terus jumpa.
Agak nervous pertama kali menag tiket konsert besar tapi rasa seronok bila tengok
jejak kaki kat office 20sen ni. Teringat zaman SAYS.MY kumpul duit 20sen 
dengan share ads. Ruang pejabat SAYS.MY pun simple & tak fomal ala opis google.
Boleh tengok video ni Pejabat SAYS.MY - sebijik sama. 


2. Tiket percuma tapi konsert batal
Fuh hati dah berbunga-bunga dapat pergi konsert percuma untuk 4 orang 
kemudian timbul desas desus konsert dibatalkan di laman instgram.
Ini reason konsert dibatalkan & apa boleh buat, refund balik tiket la.
Hakikatnya agak sedih bila dapat hadiah jadi kes sebegini.

3. Exercise kaki 
Dah alang-alang sampai KL plus tiket balik pun lambat lagi
BBL habiskan masa pergi IKEA beli meja & kerusi nak letak dalam bilik.
Niat nak cari lampu tapi tak berkenan selain harga biasa bukan harga promosi.
Sempat jugak BBL terjah kedai Daiso, fuh boleh rambang mata nak pilih barang. 
Oh ya, nampak macam kedai RM2.00 tapi kualiti lebih baik selain harga murah.
Sebelum balik sempat rembat body mist victoria secret tuk diri sendiri & 
hadiah hari jadi kawan.


4. Bajet 2014
BBL tak sempat nak tengok pembentangan Bajet 2014 oleh Dato Najib tapi
sebelah malamnya penuh feed ulasan Bajet 2014 oleh warganegara facebook.
Nampaknya BBL kena teruskan program bawa air kosong dari rumah &
 kurangkan lepak di kedai mamak. Mohon cafe & kantin di uitm tak naikkan harga sirap
dek harga gula naik 35sen. Serik bila order air siap harga RM1.60.
Itu tak minum lagi bandung laici, berapalah harganya erk


5. Lebih ramai lebih selamat
Tak lupa isu kes tembak oleh pegawai keselamatan. Nak komen banyak pun tak boleh
sebab tiada pihak tampil dengan statement rasmi melainkan ramai blogger 
update entri dengan versi masing-masing. Senang cerita, elakkan keluar bersendirian
terutama blogger time pergi event Nuffnang, Churp-Churp atau Klips.
Ajaklah kawan teman demi keselamatan diri & gadjet kesayangan ya.

Cukup sahaja entri perkasam 4 hari BBL tak online blog.

BBL ~ Galau hati ku
[ ^ _ ^ ]


HANGAT!  Makin kecik jadi makin comel
HANGAT!  Jangan pernah miss tengok movie terbaru
HANGAT!  Perhatian kepada lepasan SPM

Ai kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah bestnya!!! dapat tiket konsert free woo :D

    ReplyDelete
  2. haha.. kes bajet tetap tak dilupakan.. tgh hangat lagi skrg ni...

    ReplyDelete
  3. bajet 2014..hangat diperkatakan lagi

    ReplyDelete
  4. bandung laici sedap ke??hehehe..

    ReplyDelete
  5. Welcome baccccckk!! Hehehe. Alaa, bandung laici blh buat sendiri laa.. Hewhewheww..

    ReplyDelete
  6. mmg sentap bila dengar konsert Kesha batal...

    ohh UiTM, jgn naikkan harga air...sedih we olllsss

    ReplyDelete
  7. Sama lah kita! Pi collect ticket Kesha jugak. Terkejut office diorg style sgt! And diorg sgt friendly omg. Sedih gila concert tu cancel :(

    ReplyDelete
  8. sangat suka pergi daiso walaupun x beli apa2.just cuci mata je :)

    ReplyDelete
  9. sangat awesome barang dekat daiso tu, tp tak pernah pergi lagi.:)

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL