Sehari Berhari Raya Haji

6:59 AM

HANGAT! Layan cerita Cloudy With A Change of Meatballs 2

HANGAT! Time for Yunalis!


Salam Aidil Adha semua. Dah tengok lembu kena korban tadi?
Raya haji tahun ni nampaknya agak suram walaupun sesetengah tempat meriah
dek harga lembu & unta dah naik?
Di kawasan perumahan BBL ada 4 tempat mengadakan korban aqiqah termasuk
masjid & orang perseorangan. Pagi raya BBL mulakan dengan mandi sunat &
pakai baju melayu raya haji tahun lepas. Baju raya haji BBL memang jarang pakai,
ni pun nasib baik terjumpa dalam almari.
Kemudian macam biasa pergi solat sunat raya tapi sebelum tu kena makan dulu.
Sunat untuk umat Islam makan dulu sebelum pergi masjid.
Fuh, mak BBL buat rendang ayam & makan dengan ketupat palas.

Tak lupa untuk singgah ke kubur ziarah nenek & atok BBL.
Rasa macam baru semalam bermanja dengan atok walaupun arwah dah 3 tahun 
kembali kepada-Nya. Lebih kurang pukul 10 pagi, program aqiqah bermula.
Seram jugak kalu ada lembu terlepas, mau tak cukup tanah nak berlari.
Ada 10 ekor lembu yang dikorbankan, dalam masa 1 jam dah siap lapah 4 ekor lembu.
Effektif betul potong daging lembu.


Lepas Zohor, BBL terjah rumah mak cik & tok su, macam biasalah tradisi 
tukar menu raya, penuh atas meja dengan lauk raya.
Tak nampak sate, yang ada rendang, ketupat, nasi minyak, nasi lemak, & soto.
Tak lupa biskut raya tunjuk-tunjuk. Hahaha

Sebelum balik rumah, mestilah bersalam-salam.
Yang paling penting, semua cakap "maaf duit raya tak de"
Haha..


Harap-harap adegan sebegini tidak terjadi esok


BBL ~ esok tengok lagi lembu korban
[>,<]

HANGAT! Time for Yunalis!


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah! siap ada kuih tunjuk lagi..

    ReplyDelete
  2. dekat tanah merah ada lembu terlepas.. hohoho

    ReplyDelete
  3. kat tempat akak tahun nie tak ramai yg buat korban..

    ReplyDelete
  4. pssst ... duit raya tuk raya puasa jer ... seronok tu dpt kumpul ramai2 ... salam aidil adha dan salam kenal ...

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha bbl
    x balik kpg, dpt menatap gambar korban sembelihan kat blog bbl pun dah rs bersyukur

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha :-)

    hehehe.. kalau sekali sekala ada insiden lembu terlepas pun apa salahnya. Ada experience kena kejar lembu macam diorang selalu buat kat Spain tu.

    ReplyDelete
  7. salam aidil adha..untung ada pengalaman tengok orang sembelih lembu korban.agak menakutkan nak tengok takut lembu naik minyak.tak pepasal langkah seribu kang

    ReplyDelete
  8. aidil adha mmg meriah ;lah dgn ibadat korban kan... done follow sini yer

    ReplyDelete
  9. biasa2 je kat ipoh
    sy makan-makan-makan-makan je tak henti2 -_-

    ReplyDelete
  10. salam aidiladha. lambat sikit wish. :)

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL