Buat Sendiri Cover Case Telefon

4:38 AM

HANGAT! Style lor rambut mak cik
HANGAT! Jaga makan minum untuk sihat kulit kepala
HANGAT! Hapuskan rambut gugur cepat


Hi! Mintak maaf lama tak update blog sebab BBL baru baik dari deman. 
Sob..sob..selsema hidung bagai nak tercabut hidung.

Tengah deman datang idea nak buat DIY:DoItbyYourself.
BBL mengaku suka tukar cover telefon tapi dompet selalu kedekut nak bagi duit
selain jelly bean dengan iPhone sebab case iphone bermacam design 
compare cover samsung agak 'limited edition'.

Jadi, berinpirasi cover Nokia lama yang case boleh letak 
gambar saiz pasportn kepada case Mega BBL.

BAHAN-BAHAN UTAMA


1 keping gambar - pilih gambar korang suka
1 case cover telefon korang - prefer guna crystal clear hard/soft cover
1 gunting - make sure tajam 
1 pensil 
1 pemadam 

CARA-CARA NAK BUAT

1. Suft kat internet gambar.  
Search keyword - iphone wallpaper. Nanti bersepah gambar cantik-cantik 
sampai mata naik juling nak pilih mana satu.
2. Paste gambar kat Word & resize mengikut size cover back telefon.
Rujuk di sini untuk model Samsung & iPhone
3.  Buat 1 contoh cover belakang di atas kertas putih
 - nanti senang nak matching dengan gambar
4. Potong kertas & cuba masukan dalam case crystal korang
- potong & resize sampai muat-muat
5. Gunakan kertas sample tadi untuk lakar cover pada gambar print tadi
6. Potong & try masukan ke dalam case
7. Bila dah muat baru potong bahagian kamera & speaker
8. Masukan gambar & telefon dalam case 
9. Tengok dalam cermin cover terbaru tu sambil cakap
"esok mesti kawan-kawan jeles habis ni'

Tak paham apa BBL belebel kat atas? Rujuk gambar ini.


Sekarang cover baru korang dah siap.
Ini beberapa contoh templete cover dah siap potong.
Cukup stok untuk 2 minggu kalu tukar hari-hari.


Korang nak buat doodle gambar sendiri untuk case cover,
bolehlah order dengan Ruangmololog , Dayangdeno , dyshasahhir , pinkizluv ,
 atau buat sendiri doodle pastu print. Boleh tayang satu kampus doodle sendiri.
Lepas BBL hanya perlu keluar duit beli case cystal sahaja & dapat jimat
sehingga RM 10-RM30 untuk beli case baru. 
Boleh print gambar kucing, sugar glider, gambar time konvo atau kawin & turn on kat case.
Selain tu, boleh cuba teknik sama pada iPad atau tablet korang.
Itu sahaja. BBL nak sambung cari gambar lain pulak.
Enjoy DIY.

BBL ~ hand ader?
[-.-]~!


HANGAT! Jaga makan minum untuk kulit kepala
HANGAT! Hapuskan masalah rambut gugur cepat
HANGAT!  Style lor rambut mak cik



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

25 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. dulu pernah buat camni kt kalkulator :D tpi balut plastiklaa..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha kreatif gak ! dulu pun aku pernah guna sticker yang lebih - lebih lekatkan dekat gadjet jadilah wallpaper kekeke . btw budak pacak singgah sini! jemput datang ke belog :P

    ReplyDelete
  3. wow!!! very nice....nanti nak try lah sendiri

    ReplyDelete
  4. sangat kreatif...huhu!! menarik sekali cara pembuatannya!! ^___^

    ReplyDelete
  5. suka tengok BBL buat.. akak ni bab kreativiti ni tak berapa nak kreatif.. nanti jadi keras tangan pula kalau bagi akak gunting gambar tu.. hihi.. memang cantik hasilnya.. menjimatkan..

    ReplyDelete
  6. tak pernah terfikir nak buat macam nie..good idea BBL

    ReplyDelete
  7. good idea:)
    kalau free nnt singgahlah blog noly ye:) www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. wahhh sangat kreatif nie :) kena buat satu jugak nie

    ReplyDelete
  9. idea menarik ni, tq berkongsi yer & maaf lambat terjah semula, bercuti, busy dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    ReplyDelete
  10. kreatif lagi menjimatkan..thanq bagi ilham kat mira.. :)

    ReplyDelete
  11. Transparent case ade jual kat mne ea? Kat kdai phone biae ade x?

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL