Tercalon Untuk Liebster Award

4:49 PM



Assalamualaikum & hello there,

Oh tidak, virus Liebster Award mula menyerang! Ingatkan BBL tak tercalon dalam blogger award ni rupanya tak. Terima kasih Kak Rosmiza sebab tag BBL. Adoi adoi adoi tapi jangan risau sebab BBL akan tag 11 blogger lain untuk Liebster Award ni.



Apa tu Liebster Award?


Korang akan diumumkan sebagai pemenang, naik pentas ambik award,lambai macam artis beri sepatah dua & semua itu adalah angan-angan! Hahaha Sebenarnya Liebster Award ni anugerah yang hanya wujud dalam dunia blog atau vlog & boleh diberikan dari sorang blogger kepada blogger lain. Ai award ni boleh main pas pas orang pulak. 


Liebster Award diberikan kepada blog yang kurang dari 200 followers. Dalam bahasa German, Liebster bermaksud manis, paling baik, tercinta, indah, baik, bernilai, comel & selamat datang (untuk newbie blogger). Lebih kurang brainstorm dengan blogger lain, at least dapat kenal siapa blogger yang di tag tu. 



Peraturan selepas menerima award ni :

1. Nyatakan nama blogger yang telah mencalonkan korang untuk menerima LIEBSTER AWARD dengan backlink ke blog dorang.

2. Jawab soalan yang ditanya.
3. Calonkan 11 blogger lain.
4. Hasilkan 11 soalan untuk di jawab oleh 11 blogger terpilih.
5. Tag / anugerahkan banner kepada blogger tersebut & maklumkan mereka untuk menerima cabaran Liebster Award.

Okay sekarang ni BBL nak jawab soalan dari Kak Rosmiza dulu. Harap-harap boleh skor A1 untuk game ni.

  1. Apakah Perasaan Anda Apabila Di Nominate Untuk Menerima LIEBSTER AWARD?
BBL : Sangat terkejut (muka kelat) & sungguh tak sangka boleh terima award ni sebab baru je lepas gelak baca jawapan blogger yang tercalon game ni. Terkena jugak akhirnya (kamera please snap banyak-banyak)
  1. Pendapat Anda Tentang LIEBSTER AWARD?
BBL : Sangat bagus sebab dapat tahu biodata blogger lain. Dah macam pas buku biodata zaman sekolah cuma ini versi online. Gelak!
  1. Port/Tempat Paling Santai Untuk Berblog?
BBL : Tempat ada wifi lah & selesa nak taip entri. Baru seronok publish entri.
  1. Definisi Santai Bagi Anda?
BBL : Suasana bebas dengan keadaan selesa. Atas katil pun boleh santai jugak.
  1. Antara Korea & Jepun, Mana Satu Pilihan Percutian Anda? Kenapa?
BBL : Jepun! kerana BBL nak try pakai selipar jepun kat Tokyo. Haha mesti orang tanya selipar apa tu. Tak lah, BBL ada kawan study sana, so senang dia bawak pergi jalan-jalan. 
  1. Apa Pandangan Anda Tentang Seorang Fulltime Blogger?
BBL : Tahniah, pekerjaan masa hadapan kini milik anda. BBL tabik spring fulltime blogger ibaratnya macam stesen tv yang sentiasa kejar ranting & penonton aka pembaca. 
  1. Antara Shopping & Menonton Wayang, Yang Mana Satu Jadi Pilihan? Kenapa?
BBL : Pilih dua-dua boleh tak sebab tengok wayang tu wajib bila keluar shopping dengan kawan.
  1. Perkara Wajib Yang Anda Mesti Buat Sebelum Tidur?
BBL : Check email, blogwalking & main game Clash of Clan!
  1. Perkara Pertama Yang Anda Buat Selepas bangun Tidur?
BBL : Check email, main game Clash of Clan & pumping sebelum mandi. 
  1. Nyatakan Ciri2 Blog Yang Anda Suka Baca.
BBL : Ada gambar banyak sebab dengan gambar senang BBL nak bayangkan apa entri tu cuba sampaikan.
  1. Pendapat Anda Tentang Blog Ini?
BBL : Setiap blogger ada keistimewaa sendiri, tak perlu jadi seperti orang lain. Blog kak rosmiza seronok BBL baca, tumb up!

Okay done, cikgu Rosmiza boleh check dulu jawapan tu. Nak extra markah boleh.. Untuk  Liebster Award seterusnya, calon-calonnya adalah..

1. Hafiz - www.hafizhafizol.my
4. Mek Onie - letopkeypad.blogspot.com
6. Kak Maszie - maszie.blogspot.com
9. Kak Nurul Hidayah - www.nurulhidayahdiary.blogspot.com
11. Siti Humairah - sitiyangmenaip.blogspot.com


11 soalan yang perlu di jawab adalah seperti di bawah. Di LARANG GOOGLE & meniru (buka kamus DIBENARKAN).

1. Andaikan blog korang sebuah negara, negara mana di pilih & kenapa?
2. Siapa blogger yang korang nak sangat dia komen entry dalam blog. 
3. Kenangan paling sedih sepanjang bergelar blogger?
4. Kenangan paling awesome sepanjang bergelar blogger?
5. Perkara pertama korang lakukan bila buka blog sendiri?
6. Blog yang pertama korang visit ketika online & kenapa?
7. Pernah tak terfikir, tak sangka hari ni aku bergelar blogger?
8. Komen paling pelik pembaca tulis di dalam kotak komen?
9. Berikan sepatah dua kata selepas anda di umunkan sebagai pemerima Liebster Award dari BBL
10. Entri tentang apa korang nak sangat BBL publish/ tulis?
11. Skala 1 hingga 10, beri ranking skala blog BBL

Ha wahai pemerima Liebster Award seterusnya, sila jawab soalan di atas. Dah siap publish, sila backlink entri tersebut dalam kotak komen di bawah. Sebagai hadiah, BBL dah masukkan blog anda dalam senarai bloglist kacak & cantik di sebelah side bar including klik iklan Nuff semasa entri ini di publish. Terima kasih & terimalah anugerah Liebster ini dengan muka senyum. Smile!

BBL ~ lai lai sapa lagi nak anugerah
[^.^] ~~~~~~'''


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

15 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Pandainyewww anak murid cikgu.. Seba mood cikgu tengah baik sekarang ni so cikgu bagi 5 bintang! (sebut dengan gaya nora danish).. Boleh gitu? Bagi markah ikut mood! Ahaks! ^__^
    Btw, thanks BBL coz sudi join.. Akak pun terkena.. Tak pepasal jer menggelabah tag orang merata alam.. Akakaka..! Kbai! ;p
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. thank you. kalau ada kelapangan CT buat yaa.. :D

    ReplyDelete
  3. arrr...terharu2!! haha..tq BBL~~

    insyaallah..dlm usaha untuk update mcm2 entry ni :)

    ReplyDelete
  4. salam. alamak..kenapa sy tertag??? oh tidak huhuhu..nanti sy buat entri..sy publish sy inform ya :)

    p.s eh eh..sempat lagi main game eh sebelum tidur eh..masih sempat haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh..sy ada dalam bloglist BBL eh?? thanks :)
      sy masukkan BBL dalam bloglist jugak ye :))

      Delete
  5. BBL, nie lagi sorang yang tag. Adoi, masuk ni dah 3 org yang tag tp 1 entry pasal nie pun aku x buat hehe . Sorry bro.. busy skit. Rasanya dah x terbuat kot entry nie.blog pun kalau weekend bru menyempat nak update. Kalau mood rajin gila, baru uodate masa weekday. Btway, thanks tag aku . Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe take ur time. ni saja-saja tag nak penuhkan quota je haha

      Delete
  6. http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/09/liebster-award-7-by-budak-bandung-laici.html

    CT daaah jawab huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih CT. tergelak BBL baca semua tu

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL