Masih Ingat Kenangan Ini?

6:39 AM


Assalamualaikum & hello there,

Buat korang membesar tahun 1998 sehingga awal tahun 2000 an mesti tergelak baca kenangan zaman awal remaja, ala zaman baru nak kenal teknologi. Ini mungkin sebahagian dari perkara sama terjadi pada BBL sama dengan korang. Okay flash back memory.

1. Bangga ada telefon kamera 0.3 megapixel 


Waktu tu walaupun kamera 0.3 mp dah boleh tinggi hidung tayang satu kelas telefon canggih berkamera. Yelah orang lain pakai kamera Fujifilm dengan filem Kodak saja kan. Nak selfie pun tak boleh, solution mintak kawan sebelah meja ambil gambar korang pose dengan tudung sekolah baru. Betul atau benar

2. Transfer lagu dengan infared


Ini skill paling leceh sebelum wujudnya Bluetooth bila nak copy polyphonic  & monophonic ringtone. Itu pun gigih letak 2 3 cuba letak telefon dekat-dekat infared port. Memang hangin la bila dah nak separuh file receive datang pulak member tersalah langgar meja, terus error connection. Bila dah dapat lagu baru terus setting jadi nada dering baru. Setuju?

3. Nenek Candy Crush


Bila cikgu keluar awal dari kelas atau time waktu rehat, game Snake jugak korang main sampai naik stress asyik kalah je. Itu pun dah feeling otai achieve level 8 kan. Ingat lagi game ni? 

4. GPRS & EDGE internet terpantas 


Waktu tu tak berguna sangat internet cuma kadang kala Celcom atau Maxis hantar mesej ada MMS baru sampai cuma tak boleh nak buka gambar unless buka laman web tertera di mesej tu. Nak buka dah lama nak tunggu, dapat pulak gambar blur pecah je pixel. Paling hangit kredit cepat je habis dek buka internet. Setuju kan?

5. Kredit RM10 untuk 3 hari sahaja bukan 7 hari


Perkara paling frust bila syok mesej dengan kawan sekelas tetiba naik notification mesej fail to deliver, tengok jam pukul 12.3o tengahmalam. Rusingnya kepala nak cari top-up tengah malam. 7eleven pun belom wujud lagi area perumahan korang. Ingat lagi kad top-up telco Celcom atau Maxis macam kad ATM? Dah lah keras, susah nak gores kan. Kan kan?

Nak tahu apa lagi kenangan teknologi zaman sekolah menengah, korang boleh baca sendiri di sini sebab BBL penat nak taip entri panjang-panjang. 

Lagi kenangan teknologi zaman sekolah boleh baca di portal ni tapi jangan gelak sudah. 

BBL ~ mana letak telefon Nokia daun eh
( ̄ρ ̄)?


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. bab top up tu yang tak boleh tahan, teringat time dedulu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu rajin jugak kumpul kad topup tu tapi sekarang dah hilang

      Delete
  2. ye ye.. betul sgt.. adoii.. betul2 terimbau kenangan tu

    ReplyDelete
  3. haha....guna infrared tu memang nostalgia la...nak tranfer tetiba ada yang langgar meja...FAILED...da nak habis tu...haha...

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL