Review Proton Iriz 2014 Terbaru
2:48 AM
HANGAT! ~ Kelebihan planing sebelum berjalan-jalan
Assalamualaikum & hello there,
Buka email semalam keluar caption, anda di jemput untuk sesi test-drive Proton Iriz pada 25 Sept 2014. Yes, hari ini merupakan tarikh pelancaran buah tangan Perusahaan Outomobil Nasional terbaru, Proton Iriz atau nama saintifiknya P2-30A. Peluang tengok kereta compact pertama Proton dengan mata sendiri sangat ohsem cuma tak sempat nak test-drive je.
Proton Iriz dilengkapi dua varian enjin yang dibangunkan sendiri oleh Proton, bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter. Enjin yang menggunakan teknologi VVT itu dipadankan transmisi manual lima kelajuan & automatik CVT. Enjin empat silinder bagi unit 1.3 liter menghasilkan kuasa 94hp @ 5,500rpm dengan tork maksimum 120Nm @ 4,000rpm, manakala enjin 1.6 liter menghasilkan kuasa setinggi 105hp @ 5,750rpm dengan tork maksimum 150Nm @ 3,750rpm (Paultan.org).
Untuk pengetahuan semua, Proton Iriz hadir dengan pilihan 7 warna termasuk 2 warna baru Lime Green & Moon Dust Silver.
Gambar luaran Proton Iriz. (Model basic 1.3 Standard MT)
Menariknya korang tak perasan pun mana ekzos sebab terlindung bawah skirt Proton Iriz.
Gambar ruang dalaman Proton Iriz (Model basic 1.3 Standard MT)
Cuma depan driver seat nampak sempit sikit. Yang lain tip-top, ini model paling basic tapi spec cukup lengkap seperti radio, air-cond lebih besar, alloy rim, tempat letak air selain door controler di bahagian driver. Untuk 1.6 Premium, spec lebih lengkap dengan Rear view camera untuk reverse, touch screen navigation, keyless start button, Daytime Running Lights (DRL) & banyak lagi ciri-ciri keselamatan di iktiraf oleh ASEAN NCAP safety.
Berikut harga Proton Iriz 1.3 & 1.6
Menurut Salesman, Proton Iriz akan diserahkan kepada pembeli seawal Oktober ini. Jadi sempatlah nak make-up sebelum tahun baru 2015 nanti. Berminat boleh terus apply loan kereta Proton baru ni. Tepuk dada tanyalah poket.
* komen BBL
1. Sangat comel Proton Iriz warna Green Lime tapi lagi macho warna putih.
2. Tak sempit pun & sangat sesuai untuk orang bujang/gadis masih belajar/baru kerja.
3. Sekali imbas macam Ford Fiesta, bonet tak besar/kecik lebih sedang size.
4. Kereta paling basic pun dah macam full spec tapi boleh makeup sendiri kan
5. Harga pun boleh tahan dengan 0 downpayment. Dalam RM500 lebih seperti Pesona.
6. Alah kalu berkenan beli sahaja & guna sebaik mungkin. Okay bai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pusat pameran Proton berhampiran atau LIKE fanpage Proton Malaysia - https://www.facebook.com/ProtonCars
BBL ~ tunggu version Proton Iriz Sporty
(◣_◢)
HANGAT! ~ Dah dengar lagu warisan terbaru
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
8 Budak Suka Minum Bandung Laici
suka tengok..comel tapi takpe la, kereta yg ada ni dah cukup
ReplyDeletePergi la test drive suka suki proton iriz ni
DeleteNak juga test drive kereta proton iriz ni....nak beli tu tak lah sb da ada kereta keluaran proton juga...hehe...tapi proton iriz memang comel....
ReplyDeletePergi je test drive. Percuma je. Buat2 la interested nak test drive
Deletecantik jugaq model proton kali ni :)
ReplyDeletemenarik, sesuai untuk orang berjiwa urban
Deletei love this model with full spec and last week test drive 1.6 premium.
ReplyDeleteeverithing is OK but very much regret on engine sound.
too noisy when cruising. cannot accept that.
i hv to forget it.
yes, i am agree with you
Delete