Bila Housemate Terbang Ke Udara

8:58 PM


  
Assalamualaikum & hello there,

Sambungan kisah WORDLESS WEDNESDAY #38 rabu lepas.

Ingat lagi November tahun lepas waktu mula-mula BBL masuk dalam rumah sewa baru, housemate a.ka. agent tuan rumah tanya 'ko kerja apa?', mengigil jugak 'saya student lagi bang & mohon jangan buli sudah'. Terus gelak si housemate, BBL balas tanya, 'kerja apa'. Kemudian dia jawab 'kerja berjalan-jalan' eh dalam kepala seronoknya kerja berjalan je. Masa tu tak amik port sangat penat baru sampai bilik sewa baru, tambah berkotak-kotak barang kena angkat.

Kini dah hampir setahun sewa bilik serumah dengan kaki berjalan-jalan ni. Kitaorang jarang berjumpa di sebabkan tabiat housemate ni memang jarang ada di rumah. Actually rumah tu ada 4 orang penghuni termasuk BBL, seorang satu bilik. Housemate no 2 & 3 kerja bank & manager AEON Big, itu pun keluar pagi-pagi & balik pun tengah malam. Kadang-kadang nak jumpa pun waktu hari public holiday saja. Soal housemate suka berjalan-jalan ni akhirnya terbongkar pekerjaan dia, rupanya dia pramugara Malaysia Airline. Terkejut jugak bukan calang-calang housemate rumah. Sejak dari tu, BBL banyak tanya soal experience berjalan negara orang, ada yang seronok ada yang tak best langsung. Paling lawak selisih waktu pagi bersiap pergi kerja & malamnya selisih lagi, BBL tanya dia pergi mana? dia balas 'baru balik dari Indo', mak ai dalam hati pergi Indo balik hari je. Betapa kecik dunia buat dia sampai boleh pergi jejak negara seberang pastu balik Malaysia. 

Paling cuak bila terjadi tragedi kehilangan pesawat MH370, merengang bulu roma viral status facebook pasal MH370 hilang dari radar. Terus laju-laju whatsapp tanya si housemate tu kat mana. Syukur alhamdulilah dia baru landing di Bangkok & tak terlibat dengan insiden MH370. Bila dia balik rumah terus kami peluk dia, siapa tak sayang housemate rumah kan, hilang kasut pun boleh teringat-ringat ni pulak hilang housmate tersayang. Apa-apa masalah dia selalu roger tanya, paling best mesti ada buah tangan tiap kali balik dari oversea. 

Saat sekali lagi terjadi viral terhempas MH17 itu pun sangat sangat menakutkan bagi BBL. Waktu tu BBL ada kat kampung, balik dari lepak dengan member terus buka lappy nak update story baru tapi ternampak news CNN pasal insiden MH17. Call si stewed tu tak angkat, ish dalam hati berdoa jangan housemate aku terlibat. Syukur dia hanya domestic transit Malaysia. Nasib baik dia bercuti time raya aidil fitri, dengar cerita ramai jugak sedara mara datang rumah peluk tanya khabar dia.



Sejak dari tu, setiap kali si housemate balik dari offduty, kami geng rumah selalu hang-out sama-sama. Terbaru minggu lepas kami tengok wayang The Maze Runner di Pavilion, lucky dia belanja makan & tiket movie sebelum terbang ke Nepal hari Jumaat lepas. Sekarang ni tak tahu kenapa tiap kali dia nak pergi kerja mesti hati mintak dia balik cepat-cepat rumah, Terbaru pesawat MAS MH198 ke Hyderabad India terpaksa berpatah balik selepas mengesan masalah teknikal. Itu pun cuak jugak sebab dia biasa bertugas flight ke India, Thailand, Indonesia, Australia & negara ASEAN termasuk domestic dalam negara. 



Satu masalah baru mungkin bermain dalam fikiran housemate BBL agaknya berita pengurangan 20k  pekerja oleh Khazanah Nasional. Bukan 200 orang tapi 20 ribu. Angka yang cukup ramai pekerja akan di tranfer ke NewCo, Syarikat penerbangan baru pada Julai 2015. Yelah siapa tak pening nak bayar komitment bila kena transfer nanti. Harap-harap semua berjalan baik jelah. 

Hari ini housemate BBL akan bertugas dalam penerbangan ke Perth Australia sebelum kembali ke Malaysia minggu depan. Semoga Allah melindungi perjalanan pergi & balik tempat kerja. Amin.



BBL ~ Semoga Allah melindungi hamba-Nya
..


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

15 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. amin semoga di permudahkan urusan... now memang agak takut naik kapal terbang

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. lepas insiden yang terjadi tu...aku pun macam cuak sikit nak naik flight ni...adehhh...semoga lepas ni tiada la lagi kejadian yang macam tu lagi berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takdir nak terjadi benda macam tu. Sabar jelah. Amin2

      Delete
  4. hurmm tu lah. sblm tragedi tu aku teringin sgt2 nk naik flight tmbh2 g Jepun / Korea.
    tapi bila dah jadi 2 tragedi tu aku cuak pulak skrg ni kalo nk naik flight..
    smogaa dipermudahkan urusan mmber BBL :)

    ReplyDelete
  5. Tak pe kita naik feri pergi korea ye. Hehe amin2

    ReplyDelete
  6. Mesti sayang gila korang dekat rumate yang kaki jalan nie eh. Pramugara mas rupanya. Mesti orangnya segak bergaya.. hehe. Oo dia nie ke yang selalu belanja tiket wayang? Patut komen kan entry aku, x beli tiket sbb ade org belanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak menang nuffnang premierscreening terubat ada housemate selalu belanja tiket wayang free.. haha

      Delete
  7. fuiyooo..untunglah housemate pramugara....wuhuuuuuuuu..travel sana sini pon freee of charged.....terngat dulu dulu cikgu suruh kita jadi pramugara...hahahahahaha... :D
    marou belajar kat mana?shout kat shoutmix okayyy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, seronok je tengok housemate terbang sana sini macam pergi pasar je. aduh kenapa tak jadi FA? hur, shoutmix tu apa?

      Delete
  8. Rileks je balik hari malaysia-indonesia. Hehe. Kira BBL jela student kt rumah tu ye. Ke dah keje jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BBL je kerja mengadap buku tiap hari, yang lain semua duit berkepuk kepuk macam bantal empuk

      Delete