Movie Review - Jurassic World Sangat mendebarkan!

1:14 PM


Assalamualaikum & hello there,

BBL baru je balik tengok movie Jurassic World. Fuh menyesal tak tengok Jurassic Park sebelum ni. Maklumlah BBL bukan jenis bukan binatang dino ni, tambah lagi satu spesis dengan Godzilla. Tapi semua berubah bila dah tonton sampai habis... tau tak kenapa?

Trailer Jurassic World



Sinopsis  Jurassic World

Kini Jurassic World dibuka kembali di pulau  Isla Nublar (pulau Hawaii) sebagai taman tema keluarga dengan tarikan dinasour sebenar selepas bertahun lama ditutup kepada umum. Walaupun saintis Jurrasic World dah cukup hebat menghasilkan dinasour sebenar, hidup dipadang rumput & boleh disentuh oleh manusia seperti haiwan dalam zoo namun belum cukup 'rare' untuk menarik minat pelabur menambah jumlah dana meneruskan kos operasi taman tema Jurrasic World. 

Ilham saintis Dr Henry Wu membuat campuran DNA seperti ular, sesumpah, sotong katak & t-rex maka terhasil satu baka baru Tyrannosours Rex yang pintar menyamar. Akibat terlalu lama terkurung, akhirnya binatang buas ini berjaya meloloskan diri dari kandang. Kesannya, reptilia ini mula menyerang 2126 penggunjung Jurrasic World termasuk Zack & Gray.

Bermula epiosde misi menyelamat adik beradik oleh Owen & mak cik hot Charlie. Termasuk binatang 'jinak' yang dijaga oleh Owen iaitu 5 ekor raptor. Akhirnya Tyrannosours berjaya menganas main court taman Jurrassic World menyebab pulau menjadi huru hara. Skuad penyelamat cuba membunuh Tyrannosours tetapi tidak berjaya. Demi menyelamatkan anak buah tersayang, akhirnya Charlie membawa masuk 'binatang rare' Jurassic Park untuk melawan Tyrannosours. End of movie, maka..... oppss kena tengok sendiri

Komen BBL 

Movie + iklan

Mungkin tak perasan sangat tapi jenama Mercedes Band & Samsung sangat ketara buat iklan dalam Jurassic World. Itu belum campur lagi brand Pandora, Starbuck & 2 3 brand menyelit. Hahaha movie is business bro.

Versi Jurassic World biasa pun dah buat BBL terperanjat apatah lagi versi 3D. Itu lagi rare nak menjerit terutama waktu Tyrannosours menganas serang manusia. Bunyi sound Tyrannosours menhembuskan nafas seolah-olah penonton pun terasa terperangkap dalam zon kacau bilau Jurassic World. Sangat nervous & berdebar jantung dik oi. Banyak scene bikin bulu meremang terutama waktu Tyrannosours menghidu mangsa.


Dinasour sangat 'hidup' dalam Jurassic Wold movie seolah-olah binatang purba ni betul wujud. Ala macam pergi zoo boleh sentuh dinasour & beri makan. Muzium dinasour pun sangat ohsome dengan versi hologram sebagai pameran. Paling seronok bila dapat tengok dinasour Stegosaurus seolah hidup berjalan di padang rumput. Tak kena pijak pulak.


BBL tengok midnite show & full house tapi ada jugak suara budak kecik menjerit. Sabar jelah. Bagi korang yang tak boleh tengok action surprise terkejut terus elok jangan tonton. Kan satu hall bergegar dengar jerit anda. Those yang suka aksi mendebarkan, please tonton Jurassic World kerana akan tidak akan menyesal.

Rating BBL






BBL ~ wajib tonton minggu ini
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici