Jom Jalan-Jalan Pulau Langkawi : Muzium 3D Langkawi

2:56 AM



Assalamualaikum & hello there,


Muzium 3D Langkawi terletak satu kawasan dengan Cable Car Langkawi. Tarikan terbaru di Oriental Village oleh badan Panorama Langkawi. Muzium seluas 21, 000 kaki persegi diiktiraf sebagai muzium 3D terbesar di Malaysia. Seriuz sangat besar & luas sampai penat kaki nak berjalan. Nasib baik bawa extra powerbank. Kalu tak menagis tak boleh bergambar 3D sepuas hati.


Harga Tiket Muzium 3D Langkawi
----------------------------------------------------------------

Dewasa - My Kad : RM 30.00
Kanak-kanak - My Kid : RM 15.00
OKU / Warga Emas : PERCUMA

Ada 9 department dalam muzium ini
  1. Zon Optical Illuison 
  2. Zon Aquarium
  3. Zon Safari
  4. Zon Interative 1
  5. Zon Interative 2
  6. Zon Fantasi
  7. Zon Classic
  8. Zon Main Hall
  9. Zon Malaysia
Satu zon ini sangat luas dengan size gambar 3D besar. Setiap gambar 3D ada point untuk ambil gambar secara ideal. Maksudnya point gambar jadi real 3D. Setiap gambar disudut dinding sebenarnya dah 3D kesan permainan warna & ilusi mata. Sebab tu nampak timbul atau 'hidup' walaupun bila di sentuh hanya lukisan flex.

Sebelum nak masuk ruang 3D mesti tanggalkan kasut/selipar. Jangan risau kasut Nike Air Max korang akan disimpan dalam kotak rak kasut oleh staff Muzium 3D. Macam mana dorang handle beratus pasang kasut sehari tanpa bau. Adoi.

1.Zon Optical Illuison 

Di zon ini korang akan belajar bagaimana ilusi 3D terjadi kesan permainan corak warna & pergerakkan mata.



2. Zon Aquarium



Waktu mula-mula masuk zon ini terus rasa teruja nak ambil gambar tapi bukan senang nak timbulkan kesan 3D. Kena pandai main angle & pose betul-betul mengikut gambar 3D. Sob sob gambar BBL tak menjadi sangat la.

Zon lain pun cantik jugak lukisan 3D tu. Kalu BBL tunjuk semua gambar, sampai esok tak habis skrol. Jadi BBL upload gambar yang nampak super 3D nya.




Gambar di atas ni sebenarnya mendatar tapi bila rotate ke kanan baru menjadi gaya badak nak makan orang. Itu pun pening nak fikir cara nak dapat angle bila 1st tengok gambar di dinding.




Setiap satu zon menempatkan banyak lukisan. Dinding dari atas sampai habis memang terpampang lukisan 3D besar alam. Jika datang waktu sekolah agak ramai pengunjung, so banyakkan bersabar nak ambil gambar ye.



Seriuz bagi masa 2 jam pun tak puas bergambar. Itu pun berkejar-kejar nak pergi tempat lain. BBL puas hati bila dah jejak kaki ke Muzium 3D Langkawi ni. Thumb up!





Peta lokasi Muzium 3D Langkawi





Nak ke Langkawi? Tempah hotel anda sekarang di Agoda.com untuk penjimatan terhebat & nilai hotel terbaik



Entri tempat menarik di Langkawi 

BBL ~ 2 3 tergelincir sebab lantai licin
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wah bestnyaaa. InshaAllah bulan 8 ni kalau takdak apa2 Ain pun nak g langkawi. Boleh la try pegi situ. !

    ReplyDelete
  2. cntik!
    tp MG blum pluang msuk lg ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalu bercuti ke langkawi jangan lupa masuk muzium ni

      Delete
  3. Sally masih belum sempat nak ke Langkawi punya...nmpk x sampai Korea yg jauh dah main, dalam negara x sampai lg..hahaha...

    gambar semua setanding! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik la Sally, tak pe nanti ada masa pergi la jalan2 dalam Malaysia pulak

      Delete
  4. ni baru lagi bukak kan. rasanya tahun lps dtg Cable Car tu macam x ade lg.. ke kita yg terlepas pandang haha. inshaallah bulan Ogos nak berjalan sini lagi.. \0/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la baru buka lagi pun signboard direction ke Muzium 3D pun tak ada. Kalu perasan boleh la pergi, bukan semua orang perasan

      Delete
  5. Replies
    1. rugi kalu dah sampai Langkawi tapi tak masuk muzium 3D

      Delete
  6. Haritu pi Langkawi tapi x berpeluang utk masuk sini, nampak mcm best je.. harga tiket masih sama ke after GST ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sama harga selepas GST. BBL baru je pergi Langkawi bulan Jun lepas

      Delete