Kenapa Blogger Mesti Ada Business Kad?

3:08 AM


Assalamualaikum & hello there,

Trowback :

"Oh so kamulah BBL ye", tegur sorang blogger cukup famous amous di event produk elektronik terkenal. "Ye saya akak, blogger suam air milo" balas ku sambil tersimpul malu macam kucing baru lepas beranak. "Tak pe dik, nah ni bc akak.. mintak bc hang" dengan tangan menghulur business card. "Maaflah la, saya tak ada bc lagi, ni pun 1st time datang event macam ni" terus terang tanpa segan. Muka  akak blogger tu macam blur kejap.


Hahahaha itulah pengalaman bertukar 'bc' ni. Biasa client dengan business je pas-pas business card. Yelah itu yang BBL belajar dalam kelas teori Entrepreneur Model. Kelakar bila teringat balik.


Business card ni tak semestinya kena jadi ada business sendiri atau dah kerja dengan company besar gedabak baru ada bc. Walaupun hobi taip entri blog je, iya boleh jadi satu kerjaya sampingan untuk korang yang serius dalam dunia blogger. 


Kenapa Business Card sangat penting kepada blogger?



  • Kad Pengenalan Diri Blogger
Jika sebelum ini BBL hanya pergi event under Nuffnang, sampai tempat event terus Nuffies panggil untuk register. Sangat simple nak attend event bawah pr Nuffnang. Alhamdulilah dah ada event jemputan public relation (PR) syarikat lain, so kena daftar sendiri. Kat sini pentingnya ada name card sebagai 'pass' melayakkan diri mendaftar sebagai media.

  • Tukar-tukar kad
Bila dah attend event besar atau kecil, sah-sah jumpa ramai blogger atau media surat khabar, tv, portal hiburan, radio & bermacam lagi influencer. Waktu ni jangan buat sombong kalu orang tegur, buat saja macam dah kenal lama. Business card paling penting untuk menarik minat orang lain terus mengenali anda. Paling tidak, mungkin korang akan di featured dalam majalah atau surat khabar. Siapa tahu kan?


  • Untuk client
Blogger sebenarnya ada pengikut sendiri sama ada reader blog atau followers social media. Bak kata orang, selebriti blogger katakan. Thumb up jika korang blogger wanita atau ibu. Ramai vendor instashop atau butik online mencari anda untuk mempromosikan produk mereka. Sebab tu pentingnya list semua link sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube Channel. Makin ramai followers, semakin berpengaruh korang. Lepas ni senang kalu ada private event launching produk atau testing produk, vendor akan terus hubungi korang. 


  • Blogger lain
Berkumpul ramai-ramai dengan blogger lain semasa event berlangsung memang hapening. Bagi new bie yang pertama kali datang event, jangan segan mintak bc dari blogger lain sebagai contact. Waktu singkat event sangat penting untuk bertukar bc dengan seramai blogger yang mungkin. Disamping boleh kenal blogger baru, tambah blog untuk bloglist & follow blogger, korang boleh dapat kawan blogger jugak. Nanti nak pergi event senang boleh roger.


  • Untuk masa hadapan
Setiap keping bc korang bagi kepada sesiapa sangat berharga kerana dengan bc tu membolehkan korang dirujuk lagi untuk menghadiri event seterusnya atau job baharu. Lagi seronok jika contact tersebut di foward kepada PR lain. 


  • Paling win - mengayat awek / jejaka
Haha ingat tak dulu zaman sekolah tempah name card kononnya nak berlagak hot bila boleh pasing contact no telefon rumah (telefon TM), alamat rumah  & tarikh hari lahir pada name card gambar Tomok New Boys atau cartoon Hello Kitty? Ha, sekarang dah besar kan jadi bolehlah nak tackle awek blogger lain dengan pas name card je. Baru la gentle sikit Hahaha - BBL buat lawak la

Untuk korang tengah fikir buat business card untuk blog atau business sendiri, silalah contact Tawakal Printing untuk harga bombastik promosi terkini. BBL baru je dapat kad selepas 3 hari proses. Sangat cepat. Terus mengedar bc time event Vivo tempoh hari. Lalala...


TEMPAH NAME CARD DENGAN HARGA BLOGGER! 

Facebook :
Instagram : 
TawakalPrinting
Telefon / Whatsapp laju-laju The Print Guy :
019 - 391 0720

Yang nak order sikit-sikit pun boleh. Harga tetap cantik!


Ini bc BBL.. Simple je pun, Itu pun search dalam google, tunjuk kepada The Print Guy & jadi sebijik macam google image tu. Hahaha 



Belakang depan laminate 


Baca juga Tutorial Buat Email Signature Sendiri


BBL ~ Siapa dah dapat bc BBL ni? Angkat tangan
\( ̄ρ ̄)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

17 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. mcm best pulak kan ada bc sendiri hihihihi

    ReplyDelete
  2. waaaahhhhh... simple tp smart... comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak letak design apa, main rembat je.. haha

      Delete
  3. blog biasa2 mcm saya tak perlu BC... org tak kisah pun.
    Ada BC untuk kerja kat office pun jadilah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, BBL doakan anda boleh berjaya dalam semua bidang. Amik sikit-sikit untuk pengalaman tak pe kan..

      Delete
  4. wow cam best je ada bc sendiri haha tapi rasanya blog macam intan ni takperlu bc kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe Intan, janji kita share entri berguna untuk semua readers okay

      Delete
  5. Bagus juga ada BC ni. Tapi tak pernah buat lagi utk blog ni.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  6. tengah fikir jugak nak buat bisnes card nie haha. rasa sendu pulak bila pergi event org bagi bc tp kita xde pun luls

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti sampai masa hang ada bc sendiri untuk blog. wait & see ja

      Delete
  7. Betul tu BBL..Eirna pergi event Sabtu lepas di Penang.Hijabey 2015 punya event.Dok satu meja dengan salah sorang butik owner..Dia tanya ada x BC? Terpaksa jwb x ada sbb tu 1st event Eirna attend....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya dah ada pengalaman pergi event. Jangan risau lepas ini boleh la start pas bc ya

      Delete
  8. Dulu assignment marketing kena jugak buat bc ni, lecturer kata penting jugak ada bc kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh assignment buat bc sendiri, lepas tu semua bc pergi mana?

      Delete
  9. terlepas pandang plak entry ini..rupanya dah ade update pasal BC..hehe. tq yer bg cadangan untuk printing.

    ReplyDelete