Movie Review - Minions The Movie Terlajak Comel

1:43 AM


Assalamualaikum & hello there,

BBL baru je balik tengok buah tangan Illumination terbaru, Minions The Movie. Last tengok minion ni 2 tahun lepas dalam Despicable Me 2. Itu pun dah rasa nak sekor minion buat peluk. Hahaha


Trailer Minions The Movie




Sinopsis Minions The Movie

Citer Minions kali ni trowback bagaimana kesemua minions menemui ketua mereka Gru. Tapi sebelum tu di kisahkan minions ini telah hidup sejak zaman dulu kala lagi. Seangkatan dengan dinasour. Dari sebesar plankton mereka dah berusaha cari bos untuk dijadikan sebagai ketua, lepas satu bos mereka ikut sejak zaman pra sejarah, zaman firaun hinggalah satu masa minions ini berputus asa. Kemudian mereka membina komuniti sendiri dalam gua tapi tidak bertahan lama sebab tiada hala tuju.

Kesian tengok minions lain yang tiada life, maka Kevin tampil dengan idea journey mencari bos baru. Bersama Kevin ialah Bob & Stuart. Dari Kutub Utara mereka ke New York sebelum ke persidangan rahsia seluruh penjahat dunia, Villian-Co di Orlando. Akibat tersepit dalam pertandingan mencari konco baru oleh Scarlett Overkill, secara tidak sengaja Bob berjaya mendapatkan belian merah milik Scarlett, seorang perempuan jahat paling jahat abad itu. Sebagai bos baru, Scarleet mahu Kevin, Bob & Stuart mencuri mahkota Ratu Elizabeth. 

Secara tidak sengaja Bob berjaya mencabut pedang lagenda di batu menyebabkan dia terpilih sebagai King England yang baru. Ini menyebabkan Scarlett makin bertambah marah & menyimpan dendam akan membunuh Kevin, Bob & Stuart kerana menghancurkan impian terindah dia. 

Akhirnya Kevin berjaya menyelamatkan Bob & Stuart dari dibunuh oleh Scarlett. Semasa istiadat anugerah darjat kebesaran kepada minions ini, sekali lagi mahkota Ratu England hilang di curi oleh Scarlett sebelum mahkota itu dirampas oleh Gru - bakal bos jahat segala minions.


the end


Komen BBL

Kelakar jugak tapi tak boleh lawan Big Hero 6. Hahaha satu hall asyik gelak layan Bob buat lawak tak sudah. Jalan cerita agak landai tapi penuh aksi lucu. Boleh la tengok sementara nak tunggu waktu berbuka.

The best part is, selepas Ratu Elizabeth memberi anugerah darjat kepada Bob & dia mengucapkan loghat bahasa minions berbunyi 'terima kasih, terima kasih'. 2 kali terima kasih. Bunyi agak kelakar tapi semua terpinga betul ke Bob sebut terima kasih. Terlebih excited sampai bahasa melayu jadi loghat minions.


Apa pun Minions ini sangat comel!



Rating BBL




BBL ~ sekali iklan ayam KFC dalam hall
(ʘ෴̴͜ʘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

9 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Macam best je movie ni. Nak try tengok la nanti after exam. Woot woot!

    ReplyDelete
  2. teringin nak tgk minion nih sebab mesti best punyer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu ni boleh la pergi tengok Minions ya

      Delete
  3. Sounds interesting. Will bring my son to watch this ..thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. minion comel !!! Hehehe.. memang akan tengok cerita ni.. :D

    Jom masuk dalam bloglist :) http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/06/pencarian-bloglist-june-by-syahirah.html

    ReplyDelete
  5. ga heran juga sih, si pencipta karakter minion Pierre Coffin itu ibunya seorang penulis novel terkenal di indonesia "NH Dini",
    jadi minion pake kata2 dari bahasa ya lumrah.. hehe
    BTW nice blog..
    ditunggu kunjungan baliknya :D
    http://wischain.blogspot.sg/

    ReplyDelete