vivo X5Pro Kini Di Malaysia - Harga RM 1,599

5:33 PM



Assalamualaikum & hello there,

vivo, pengeluar peranti telefon bimbit China memperkenalkan telefon terbarunya, vivo X5Pro. Walaupun dari tahun lepas telefon bimbit vivo dijual dalam pasaran namum tiada pengumuman rasmi jenama tersebut. Semalam bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre telah berlangsung acara besar-besar pelancaran vivo Malaysia. 

Ramai artis & media hadir seperti Wincci, F2, Budiey.com, Dato Ac Mizal, Hairul Azreen, Alam wakaka, Izzue Islam, Nina Adira, team blogger termasuk BBL. Petang itu Ceo vivo memperkenalkan vivo X5Pro secara rasminya dengan harga mampu milik RM1,599 - Touched by Beauty.



Spesifikasi vivo X5Pro

Size telefon : 147.9 x 73.45 x 6.44mm
Size skrin : 5.2 inci Super AMOLED FHD Display 
Perlindungan skrin : Corning Gorilla Glasses 3
Kapasiti bateri : 2450 mAh 
Sistem operasi : Funtouch OS based on Andriod 5.0 Lolipop
Storage : 2GB RAM + 16GB ROM
Slot card : MicroSD, hingga 128Gb (2 slot SIM card)
Kamera : 13 mp, depan 8 mp



Telefon vivo X5Pro sangat menarik dengan beberapa fungsi seperti :

1. Permukaan Curvy Glasses depan belakang

- Tampil kelainan dengan element permukaan kaca Corning Gorilla 2.5D menjadikan ia agak smooth untuk dipegang atau menaip mesej.



2. Body nipis

- Dengan ketebalan hanya 6.44mm terasa ringan untuk skrol gambar. Sangat selesa dipegang sebelah tangan.



3. Kamera Sapphire Lens

- Dengan sokongan kamera 13 mp & 8 mp kamera hadapan rasanya mesti penuh gallery dengan gambar selfie. Tambah lagi beauty mode untuk lelaki & perempuan.



4. Smart Wake 2.0

Korang kini boleh swipe dengan cara tersendiri sama ada bulatan, ke atas atau ke bawah. Ciri ini boleh diguna untuk swipe panggilan telefon, media, browser atau apps dengan satu sentuhan saja.



Nak beli pun tak susah pun, terkini ada 2,000 pusat jualan Vivo, 10 pusat perkhidmatan & 1,000 orang pekerja seluruh Malaysia. Untuk masa terdekat ini, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif untuk pengguna pasaran tempatan. 


Sekitar majlis gemilang pelancaran vivo X5Pro Malaysia



Terima kasih vivo Malaysia untuk goodie bag ini. Ada free powerbank lagi.




Maklumat lanjut boleh layari :

Website

Facebook : 


BBL ~ Telefon baru untuk raya
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  2. khabarnya msia akan keluarkan vivo juga tapi ketalah ...

    ReplyDelete