Resepi Infused Water

1:50 AM

Assalamualaikum & hello there, 

BBL suka minum air kosong sejak amal makan collagen. Orang lelaki pun makan collagen la tapi collagen khas untuk lelaki ye. The bad news is rasa air kosong payau tu kadang-kadang buat tekak jadi loya bila tengok air. The good news is BBL dah jumpa cara nak feeling minum air buah tapi hakikatnya ia air kosong. Terima kasih infused water kerana mengubah cara BBL minum air kosong. Dah macam testimoni produk pulak. Hahaha

Apa itu infused water - macam #airtokbomoh je

Infused water adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu & dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya mat salleh girls guna buah seperti mango, strawberi, anggur, barries, apple kemudian di rendam bersama daun herba such like daun papermint, basil, pudina, saderi atau campur saja madu. Tapi korang boleh guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu, durian ( no no no). Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.  

Bagi yang baru nak mencuba, sediakan satu botol air kosong untuk di isi dengan buah nanti. Tak perlu beli botol baru, guna sahaja botol air yang selalu korang bawak pergi kelas atau kerja tu. Kalu nak beli botol baru, beli botol air dengan mulut botol lebar atau luas supaya senang nak masuk buah & keluarkan balik buah tu.

Cara sediakan infused water :

1. Pilih resepi / campuran buah korang nak
2. Potong buah mengikut sukatan (BBL main sumbat je dalam botol)
3. Penuhkan dengan air kosong / air mineral (jangan air 100plus sudah)
4. Jangan campurkan gula (madu tak pe)
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 4 - 5 jam. Biasanya BBL buat sebelum tidur & pagi esoknya boleh terus bawak pergi kerja
6. Air infused water boleh di guna 2 kali, maksudnya jika isi air pertama dah habis minum, refill sekali lagi hingga penuh & tunggu 30 minit atau 1 jam sebelum minum. 
7. Buah-buah dalam botol korang boleh nak makan tapi sesetengah blogger cakap buang saja sebab nutrisi buah telah diserap dalam air. Bagi BBL tak kan nak buang strawberry macam tu sahaja? Membazir je kan. Baik makan kenyang.

*untuk lemon, guna 2 slides dah cukup bagi 1000 ml air, kan lebih air jadi sangat masam lemon. 

Kebaikan infused water 

1. Jadi sihat, kurus selim, perut kempis macam Nisa Kay - kenalah minum banyak air kosong
2. Awet muda, kulit cantik, muka tak berminyak persis Elia jejariruncing - tambah lagi air infused campur buah
3. Minum air kosong boleh menambah metabolism tapi seratan nutrisi buah dalam infused water menukar air menjadi METABOLISM BOOSTER ohsem
4. Bagus sebagai detoksifikasi iaitu detox dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh
5. Perut pun suka bila kita minum banyak air kosong, senang untuk pencernaan usus bukan telefon brand ASUS ye
6. Infused water sangat berguna bila travel sebab bila berjalan kita kurang minum air, jadi dengan infused water korang tak kan lupa minum air kosong. Bila time breakfast di hotel jangan segan silu ambik buah-buah seperti strawberry, kiwi, watermelon, apple & berries dalam restaurant untuk buat infused water. Dah jimat tak payah beli buah
7. Paling heaven boleh feeling ala mat salleh minum air infused water, tambah sekarang musim panas fuh lega anak tekak. Eh, jangan lupa post gambar minum infused water dalam facebook & instagram

Satu je masalah bila kerap minum infused water ni semesti kadar kekerapan nak ke toilet sangat tinggi. Tambah bila kerja bawah air cond dari pagi sampai petang, sabar jelah bila dah selalu masuk toilet.

Antara resepi BBL selalu buat adalah :

Cinamopple = apple + cinanom




Komen BBL :
1. Kayu manis tu ngam dengan apple hijau sebiji
2. Rasa kayu manis dah hilang bila refill kali ke 2 tapi try letak 2 batang kayu manis

Pomepple = apple + delima



Komen BBL :
1. Biji buah delima tu korang tumbuk sikit bagi keluar jus, jangan jadi macam BBL terus letak macam tu sebab tak rasa langsung delima

Gredina = anggur + pudina




Komen BBL :
1. Daun pudina letak 3 4 helai dah cukup, BBL nak makan daun pudina sebab tu letak banyak. Hahaha

Nak cuba resepi lain pun boleh, contohnya :


1. Green tea + mint + lime - Bagus untuk bakar lemak, penghadaman, sakit kepala & hilangkan bau mulut

2. Strawberry + kiwi - Elok untuk kardiovaskular, pelindungan usus, kitaran gula darah

3. Cucumber + lime + lemon - Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung & maintain slim kurus

4. Lemon + lime + orange - Terbaik supply vitamin C, pedih ulu hati (minum pada suhu bilik & jangan sejukkan)

Tapi tak lah BBL bawa jag comel-comel dalam gambar tu (jag tu khas untuk entri ni je) pergi kerja tapi biasa guna botol air biru ni. Lagi senang nak minum air banyak-banyak & refill balik air tu. 


BBL akan update lagi resepi lain nanti ya. Eh, cuba la buat satu.

BBL ~ caption #airtokbomoh of the day
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

39 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Replies
    1. Tak guna gula. Bahan2 infused water : air kosong + hirisan buah2 lepas tu biarkan dalam 5 jam baru boleh minum

      Delete
  2. menarik dan cantik pulak bila letak dalam bekas macam tu..err..nak tanya sikit..tak payah letak gula or garam ke..or..apa2 lah..mmg dpt rasa jus buah yang kita masukkan tu ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan campur gula... nanti jadi air buah.. haha garam tu tak pasti la.. redam 4 5 jam memang akan rasa buah tu. Rasa air kosong berperisa buah

      Delete
  3. My fav cucumber lemon n mint.. Superb! =)

    ReplyDelete
  4. menarik ni.. terima kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the info BBL.. terasa macam nak buat terus. =)

    ReplyDelete
  6. Resepi baru ke ni? sedap ke? macam manalah rasanya nanti. aku pun bukan makan buah. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi dah lama orang cuba tapi baru nak try buat & rasa..

      Delete
  7. macam terliur pulak..boleh try ni, hahaha

    ReplyDelete
  8. Teringin nak buat. Cuma belum berkesempatan masa nak pi supermarket beli bahan-bahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalu pergi supermarket, pick up 2 3 jenis buah try buat infused water ye

      Delete
  9. boss sy tiap hari bawa g office. teringin gak nk buat tp entah bila agaknya tu. hmm

    ReplyDelete
  10. banyaknya idea best best.okay,lepas ni nak try semua resepi yang awak bagi.thanks & mohon share.

    ReplyDelete
  11. Tengok gmbr mcm sedap je imfused water ni.. tapi iye ke aku mampu telan air ni.. sebab belum pernah sy cuba lagi... Hee

    ReplyDelete
  12. Nice info..nice blog..nice bbl sbab mkn colagen and jaga kesihatan..thumbs up!!

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. boleh dicuba ni nanti...macam nak buat je nanti..hee

    ReplyDelete
  14. dah try....ternyata lebih berselera nak minum dari air yg xde rasa....hihihhi.meriah je air bila ad buah2 kat dalam tu....tq budakbandunglaici

    ReplyDelete
  15. Semalam i ade buat infuse water gak, ringan rasa perut ni...
    Tp bla tdo i rasa kedua2 tgan rsa bpeluh, adakh itu normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal agaknya tapi kalu berterusan sampai 2 3 hari please stop minum infusewater ni

      Delete
  16. Best!! Banyak bagi idea.. Saya biasa buat pudina + lemon + timun.. Saya bubuh cuka epal sket. Xpe ke eh? Sebab suke rasa mcm tu. Heheh.. Tapi since berinfused water ni, xde selera merepek. Macam terkawal plak nafsu makan ni. Suke3!!!

    Bahaya telan panadol!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sis, air ni mmg bleh ik0t suke ea nk ms0k buah ape, ke ade campuran2 die??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, bole campur buah kesukaan anda.

      Delete
    2. Biasanya orang guna buah epal, kiwi, orange, grape, limau, berries, depends result rasa air anda mahu

      Delete