Resepi Koktail Fruit 60 Saat

3:40 AM

HANGAT! - Mandi dengan sabun Lifebouy sambil menderma ke tabung Bersamamu TV3
HANGAT! - Lagu raya terbaru dari Faizal Tahir
HANGAT! - Online sepuas hati di pagi Syawal



Hari ni BBL rajin sikit, lepas kemas rumah sambung kemas dapur.
Lepas tu kemas peti ais yang macam tokang pecah. Bila dah siap semua
rasa macam nak makan buah-buah pulak sebab dah bosan asyik air rebina,
sunquick, soya cincau & air bandung. 
Kenapa tidak BBL buat koktail buah-buahan. Dalam kepala terbayang je
gelas koktail penuh dengan buah, nata de coco, laici & ais yang sejuk.
Telan air liur jelah.



Bahan-bahan
- 1 tin cocktail 
- 1 tin susu cair / susu pekat
(lebih baik guna susu cair sebab lebih sedap)
- nata de coco (ikut suka perisa apa korang suka)
- 1 tin laici 
- 1 paket jelly sumi
- ketulan ais
- secubit garam



Prosedur
1. Buka penutup susu cair & tin cocktail 
(kalu tak, tak kan nak makan tin kan)
2. Ambil mangkuk besar & tuang susu cair & cocktail
(jangan masukkan sekali tin susu & tin cocktail)
3. Masukan nata de coco sikit-sikit
4. Kemudian tambah laici
5. campak masukkan sumi jelly
6. akhir sekali masukkan ketulan ais
7. tabur sedikit garam supaya semua macam macthing



Memandangkan BBL anak didik Jimie Olive maka main campak je semua bahan-bahan
dalam mangkuk sampai penuh tak muat nak sumbat ais.
Paling penting korang main tuang je semua. Asalkan semua ada.
Lagi sedap kalu boleh tambah buah sebenar seperti strawberi, anggur atau tembikai.

Bila dah siap rasa tergugat iman kejap & tak sabar nak tunggu waktu berbuka puasa.
Lepas semua dah siap, sejukkan dalam peti ais, dah dekat nak berbuka baru
hidang bersama ais. Nanti raya bolehlah hidang resepi ni. 
100% di jamin tetamu mintak buat lagi.

BBL ~ sedap & menyegarkan
[-.-]


HANGAT! - Online sepuas hati di pagi Syawal
HANGAT! - Mandi dengan sabun Lifebouy sambil menderma ke tabung Bersamamu TV3
HANGAT! - Lagu raya terbaru dari Faizal Tahir



Ai, tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

12 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. salam. awak. saya nak tye. kan guna laici n koktel dlm tin uh, air dlm tin uh pon masukkan sama ke? ke tapis ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya ambil laici je. jangan campur dengan air dari tin laici tu

      Delete
  2. Replies
    1. air nata de coco jangan campur.. just amik nata de coco je

      Delete
  3. sedap sedap.. cilok resipi ek... ehhehe

    ReplyDelete
  4. hmmm air koktail pown kne campur sekali kew?

    ReplyDelete
  5. kenapa xleh cmpur dgn air dlm tin and nata d coco tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh campur tapi nanti potong kaki haha

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL